Assalammualaikum wbth kepada pengunjung blog dan semua downline di bawah hafrazdcl group..
Nak berkongsi sedikit motivasi yang sempat Hafraz take note semasa kursus di bawah kelolaan CD Zulhulaifah Shoukkatt Ali di HQ, pada 14 Mac 2009.. Punyalah sibuk sampai agak lambat utk Hafraz kongsikan dengan pengunjung blog yang minat berniaga khususnya downline HafrazDCL.. :)
CA Khalid Sabran di undang memberi motivasi dan auranya buat penghadir2 kursus.. :) Haahh..! Belum bersuara lagi auranya dah rasa.. semacam aja aihhh.. :D
Berdasarkan apa yang Haf beriya-iya mendengar celoteh berharga salah satu jutawan MELAYU Bumiputera DCL ini, perkara pertama yang ditekankan adalah tentang KEJAYAAN atau KEGAGALAN. Kejayaan dan kegagalan itu sebenarnya terletak ditangan kita sendiri! Begitu juga dengan pilihan SYURGA dan NERAKA umpamanya.. jika pilihan kita SYURGA, sudah tentu kita akan berusaha memperhebatkan amalan-amalan untuk ke SYURGA! :)
Dalam MLM, JUALAN adalah NADI.. dalam DCL, 200pv adalah syarat individu untuk mendapat bonus.. bukan susah pun nak maintain 200pv sebulan..cuma jadi pengguna setia.. pv dapat, kebaikan produk pun dapat, malah membeli sambil beramal pula.. Kalau nak jadi pengguna setia tu..memang mudah.. Sabun basuh baju ada, pencuci muka ada, pencuci wanita ada, minuman kesihatan ada..pokok pangkalnya nak disiplinkan diri untuk mencuba kehebatan produk DCL!!
Apabila di fasa kita menjadi PENJUAL, kita hanya berkongsi produk sahaja..ia akan memakan masa yang lambat untuk berjaya.. Justeru itu, jika kita menaja dan menggalak insan hebat lain, kita secara tidak langsung menjadi Eksekutif Pemasaran di mana kita kini menjual peluang, bukan produk lagi.. Kita perlu sentiasa agresif dan kreatif memikirkan peluang dan ruang untuk mengembangkan rangkaian kumpulan yang kita bina!! Tak perlu banyak!! Asasnya, cuma jaga ENAM BENIH yang HIDUP!! ENAM INSAN HEBAT INI AKAN DILATIH UNTUK MENJADI PENAJA, seterusnya PEMIMPIN yang HEBAT!! Sampai tahap pemimpin, tugas sudah bertukar kepada sentiasa "SERVIS" orang bawah dan membina kumpulan!! Sentiasa jaga downline anda!! Jangan biarkan mereka termangu-mangu mencari arah! Duplicate apa yang telah kita pelajari kepada downline-downline kita!! Mereka perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang produk jika mahu mereka berjaya!! Jangan penting diri.. Tak rugi membantu usaha menaikkan para downline anda kerana mereka juga kita akan naik.. Konsep saling membantu perlu ada jika hendak berjaya.
Selain menjaga "KAKI", rajin-rajinlah datang kursus, motivasi atau apa jua bentuk seminar/ perjumpaan yang dianjurkan syarikat.. untuk berjaya kita perlu BERUBAH!
5 Prinsip mulakan hari anda, yang sempat dikongsi oleh CA Khalid Sabran:
1. Amalkan membaca Al-Fatihah sebelum melakukan sesuatu. Mohon jalan yang lurus daripadaNya.
2. Berniat setiap hari " Demi Allah, hari ini kupadamkan amarahku". Melatih kita membuang sifat marah.
3. Berniat setiap hari " Demi Allah, hari ini kupadamkan gundah gulana". Melatih kita membuang sifat gundah dan kecewa jika tidak berjaya meyakinkan orang tentang peluang yang kita ingin kongsikan.
4. Berniat setiap hari " Demi Allah, hari ini ku terus bersyukur dan redha dengan apa yang ada"
5. Berniat setiap hari " Demi Allah, hari ini aku akan terus jujur". Jangan MENIPU! SEntiasa terus berbuat baik dan berinteraksi dengan seisi alam. (Di amalkan oleh sahabat Nabi)
Apa yang kita kejar, bukan hanya kejayaan dunia tetapi juga kejayaan akhirat. Kita mahukan REZEKI yang BERKAT.
Konklusinya; kita harus percaya 100% yang kita boleh BERJAYA. Cari kehebatan dalam diri kita. Jangan terlalu kagum dengan orang lain sehingga menenggelamkan diri.. Orang berjaya kerana ada ilmu dan sentiasa ingin belajar. Hendak 1000 daya, Tak Nak 1000 Dalih..Jangan hangat2 tahi ayam..biar genggam bara api biar sampai jadi arang..alang-alang dalam DCL, biar sampai jadi Jutawan!!
Kids Jogger Pants 2-12y
-
Jogger pants berkualiti untuk adik 2 tahun sampaila abang/kakak 12 tahun.
Unisex design, boy girl boleh pakai. Comel sangat. 📣 2 helai RM35 je! 📣
Sehelai...
4 years ago
No comments:
Post a Comment