Sunday, August 2, 2009

Bingkisan Motivasi Perdana Dato Stapa Hj Omar

Assalammualaikum & Salam sejahtera.. :)

Semoga kehadiran pengunjung setia blog HafrazDCL semakin membara perjuangannya sementelah menghadiri Motivasi Perdana Dato Stapa Hj Omar & CA Khalid Sabran pada Sabtu yang lalu bertempat di HQ DCL, Wangsa Melawati.

Memahami 5 Prinsip Asas MLM sangat PENTING. Ia perlu dilengkapi dengan cara kita berfikir kerana ia amat mempengaruhi sikap kita untuk berjaya. Sifat MALU tidak bertempat perlu dikikis. Untuk berjaya, adalah penting untuk kita memasang NIAT. Niat adalah kuasa dalaman dari HATI. Pasangkan niat untuk mencari kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Kita perlu mensasarkan untuk menang 100% di dunia dan 100% di akhirat bukannya 50% di dunia, 50% di akhirat!! Untuk menjadi orang berjaya juga, kita harus membuka MINDA dan mendalami ilmu. Sentiasa memotivasi diri tanpa menggunakan ayat negatif seperti JANGAN, TIDAK, BUKAN dan yang seangkatan dengannya. Positifkan ayat seharian kita kerana ianya mempunyai getaran gelombang untuk mempengaruhi diri kita dan persekitaran.

Jom kita pelajari apa itu Prinsip 5M yang wajib diaplikasikan oleh usahawan-usahawan DCL:
1. Mengguna 100% - Beli produk untuk kegunaan diri sendiri dengan tujuan menjana keyakinan terhadap keberkesanan dan merasai kehebatan produk.
2. Menjual - Usahawan DCL harus belajar dan berusaha mempertingkatkan hasil jualan. Anda boleh membuat perangkaan sebagai contoh; 1 hari saya hendak menjual 1 bidadari. Ini bermakna jika 1 bulan, anda harus boleh menjual 30 bidadari. Bila perangkaan telah dibuat, anda harus merangka strategi bagaimana cara untuk melaksanakannya. :)
3. Menaja -  Dalam MLM, jika tidak menaja itu bukanlah MLM. Jadi anda harus memikirkan siapa yang harus anda taja.
4. Membimbing - Bimbingan amat perlu untuk memastikan usahawan mengetahui kehebatan dan penggunaan produk secara total. Justeru itu, hadiri bengkel-bengkel berkenaan produk, seminar, mesyuarat dan perjumpaan kumpulan anda.
5. Mesyuarat - Program-program bimbingan yang perlu dihadiri bagi memastikan tahap motivasi anda sentiasa berada pada tahap yang tinggi. Ia bertujuan untuk bergaul sesama usahawan bagi mendapatkan suasana yang positif. Anda bijak jika membawa downline anda bersama :)

Bersama Dato Stapa Hj Omar pada sesi petang lebih menyemarakkan semangat usahawan-usahawan DCL. Menurut Dato Stapa HJ Omar, PENGORBANAN adalah sesuatu yang sangat indah untuk digambarkan apabila kita melakukan sesuatu dengan kasih sayang & ikhlas.

Sabda Nabi Muhammad SAW. Ada tiga golongan manusia iaitu:
1. Orang yang beruntung yakni orang yang berjaya.
2. Golongan yang terpedaya dan rugi yakni orang yang statik iaitu tidak ada perubahan dari semalam.
3. Golongan yang celaka yakni orang yang hari ini lebih teruk dari semalam.

Adalah penting kita berfikir untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.
Dato Stapa Hj Omar juga berkongsi rahsia disebalik SENYUMAN jika hendak menjadi orang berjaya. Untuk dihuraikan terlalu panjang. Haf akan tunggu downline Haf untuk upload beberapa slot motivasi Dato Stapa Hj Omar untuk dikongsikan bersama..:) Sebagai peringatan; Dato Stapa Hj Omar berkongsi perkara berikut:

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Senyum adalah sedekah yang paling murah dan bernilai"
Pepatah Cina pula menyebut: "Jangan buka sebuah kedai jika tak boleh hendak senyum"


Dato Stapa Hj Omar juga menekankan bahawa kita perlu mengubah cara berfikir. Sentiasa menerapkan sikap dan mentaliti yang positif. Tiada jalan pintas untuk berjaya!! Buat cara yang betul untuk berjaya. Pelajari dan dalami ILMU. Ambil peluang untuk belajar dan BERTINDAK DENGAN CARA YANG BETUL!! Jangan bodoh sombong.. dah tak tahu tak mahu pula bertanya. Dan kewajipan orang yang berilmu adalah memanjangkan ilmu tidak kira siapa pun di dalam DCL. Ini kerana, DCL mengajar usahawan-usahawannya membantu sesama ahli tanpa mengira siapa upline dan downline.

Nantikan slot2 video Motivasi Perdana Dato Stapa Hj Omar! Tungguuuuuuuuu!!

No comments:

Post a Comment