Monday, November 14, 2011

Maaf atas sebarang kesulitan

Salam buat pengunjung HafrazDCL

Setahun terpaksa membiarkan blog ini tanpa diuruskan.
Keterpaksaan dan kerencatan masa membuatkan blog ini sepi tanpa pengemaskinian.
Ini berikutan Haf terpaksa bertugas di negara jiran tanpa sempat menitipkan apa2 coretan dalam blog. Namun, itu bukan bermakna DCL luput dari ingatan. Semangat menyokong produk bumiputera masih tebal dan niat itu Haf teruskan juga sementelah kaki ini menjejaki tanah air.

Maaf dipohon kerana Haf tidak punya kesempatan untuk membalas email2 dan komen2 yang kirimkan. Namun begitu, Haf memerlukan sedikit masa untuk kembali meninjau aktiviti dan produk2 baru keluaran DCL serta promosi2 baru yang akan Haf paparkan sedikit waktu lagi.

Haf juga akan menggunakan medium facebook sebagai pemudah komunikasi. Semoga medium ini akan lebih efektif dan interaktif.

Teruskan perjuangan bersama DCL!