Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Salam perjuangan buat semua pengunjung..

Ramadhan semakin menghampiri. Didoakan semoga kita sentiasa di dalam rahmat Allah dan dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa syukur dan insaf. Marilah kita sama2 mengimarahkan masjid2, surau2, bersedekah dan menghulurkan zakat agar hasil yang kita peroleh bertambah berkat. Elakkan pembaziran makanan di bulan puasa ok?

Dengan penuh rasa gembira, Haf ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam tidak kira di mana anda berada. Sama2 kita perbanyak amalan di bulan ini.

Updates: Seminar Law of Attraction!

Salam perjuangan..

Wahhh..sejak Haf berkongsi cerita tentang seminar ni, ramai yang nak join. Tapi tempat adalah TERHAD! So, kepada downline2 Haf, cepat2 bagi nama untuk Haf 'booked' kat CD Rahim! Haf dah pergi hari tu tapi rasa tak puas lagi!! I need 4 repeated again n again!! N tat was i'm. Hehe..

Berikut senarai nama yg dah bersedia nak memantapkan diri untuk menang dunia, menang akhirat:

1. Hafiza Mohd Razally
2. Hamidah Mohamad Saidin
3. Shah Reza b Ahmad
4. Wardah Rashid
5. Aisyah Mohd Saidin
6. Hamidah Che Mi
7. Hamimah Mohamad Saidin

Anda HEBAT kerana memilih untuk menyertai program ini! Tahniah! DCL NO 1!

Monday, August 17, 2009

Seminar Pengenalan Sains Minda

Program Eksklusif Paling Hebat Abad ini! Seminar pengenalan ini merupakan seminar hukum tarikan untuk menarik apa yang anda mahu dalam kehidupan dan sukses bersama DCL.

Khusus untuk sesi pengenalan kepada pejuang2 dan usahawan2 DCL! Daftar segera! Tempat TERHAD!

Tarikh: 29.08.09
Hari: Sabtu
Masa: 09:30 pagi - 04:30 petang
Tempat: Wisma DCL, Wangsa Melawati
Bayaran: RM50
Utk yg ulangkaji RM10 SAHAJA!!


Daftar kepada CD Rahim 019.223.2676 hari ini juga!

Produk Percubaan dgn Harga Promosi!!

Salam aura perjuangan, salam usahawan buat semua pejuang dan pengguna setia produk DCL (De Classic Life). DCL kini memperkenalkan produk-produk baru untuk dicuba oleh pengguna-pengguna setia produk hebat DCL. Semuanya dengan harga promosi!

Jom jengah apa produk baru DCL!

1. Ubat Gigi - Ubat gigi (treatment/rawatan) yang mengandungi bahan aktif istimewa iaitu B17, rumusan ajaib pertama di Malaysia untuk rawatan gigi, gusi dan mulut. Sementara pembungkusan siap, ia boleh dibeli hanya pada harga promosi RM9.90 - 200gm!
2. ADUKA - Jika bidadari adalah rumusan istimewa untuk wanita, kini ADUKA minuman berkhasiat hadir untuk lelaki. Harga promosi RM25.90!
3. Love Time Gel - Berfungsi untuk meningkatkan 'pertahanan' ejakulasi lelaki. Cara penggunaan: Sapu sedikit di urat bawah 'senjata lelaki' dan dipergelangan! Harga percubaan RM58.00!
4. Diabeherb Miracle Drinks (1 Liter) - Berfungsi memberi perlindungan maksima ke atas masalah kencing manis, darah tinggi, meningkatkan sistem buah pinggang, kencing tidak lawas dan menambah tenaga. Harga promosi RM90! Cara guna: 50ml - 2 atau 3 kali sehari
5. Girdle - Nak badan nampak cun tanpa menggeleber? Dapatkan Girdle pada harga promosi RM800 untuk saiz M, L, XL manakala RM900 untuk saiz XXL, XXXL!

Sekarang memang tengah meletup barang2 ni dikalangan pengguna2 setia dan usahawan2 DCL! Hari tu Haf nak ambil stok pun kena 'Q'.. So, tunggu apa lagi? Tempah sekarang! Bayaran pos laju untuk penghantaran cuma RM10 sahaja!

Tuesday, August 11, 2009

Seminar Eksklusif 'Mind Power'

Salam penuh kasih buat semua pejuang2 dan usahawan2 DCL.

Untuk makluman, Mega Power akan menganjurkan Seminar Eksklusif 'Mind Power' khas untuk pejuang2 dan usahawan DCL!! Ianya berkenaan dengan hukum tarikan 'Law of Attraction' iaitu membebaskan minda dari unsur negatif dan memasukan energi yang positif untuk menarik apa yang anda inginkan!! Hari tu Haf dah terlepas! Kali ini awal-awal dah cakap dengan CD Rahim booking tempat.. Heheh.. Sesiapa pejuang/usahawan DCL yang berminat, info seperti di bawah:

Tarikh: 16/08/09
Hari: Ahad
Tempat: Wisma DCL, Taman Melawati
Masa: 9;30am - 5:30pm
Bayaran: RM50

Terhad kepada 50 peserta sahaja!! Untuk tempahan, boleh hubungi MIR CD Rahim di +6019.223.2676 okay? Jumpa di sanaaaaa!

Wednesday, August 5, 2009

Stokis & Pengedar DCL

Assalammualaikum wbth..

Salam perjuangan, salam penuh kasih buat semua pengunjung blog. Semoga kehidupan yang kita lalui hari ini lebih baik daripada semalam.

Sebagaimana dipaparkan dalam media massa dan media cetak, DCL terus berkembang dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat MLM Bumiputera Islam yang gah di rantau Asia. Usaha dan semangat pejuang-pejuang DCL yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi, mencerminkan kehebatan DCL bukan sahaja melalui produk-produk hebat, halal dan berkualiti serta mampu dimiliki bahkan sentiasa diingatkan Pengasas 1 dan 2 DCL iaitu Dato Stapa Hj Omar dan Dato Azlina Che Abdullah untuk sentiasa mensyukuri nikmat Allah.

Pejuang-pejuang merangkap usahawan DCL sentiasa diingatkan untuk bersyukur, mengunjungi Kaabah bagi menzahirkan kesyukuran, sentiasa berkongsi nikmat melalui derma dll. Lantaran objektif utama DCL untuk membangun ekonomi ummah berdikari, ia merupakan satu perjuangan kita sebagai Melayu Bumiputera Islam untuk bangkit dalam dunia perniagaan.

Justeru itu, dengan platform yang terbina atas nama De Classic Life (DCL), syarikat yang kukuh dari aspek kewangan, pemimpin tersohor yang telah berkecimpung dalam arena MLM, ukhuwah yang terbina antara usahawan2 DCL, ditambah pula keunggulan produk DCL, Haf menjemput kepada semua bakal usahawan/pengedar yang berminat untuk menjadi stokis samada online atau offline menghubungi/SMS Haf di +019.288.5583.

Bakal2 usahawan(stokis)/pengedar DCL setiap negeri juga diperlukan untuk memenuhi dan menampung keperluan permintaan stok termasuklah di daerah/kawasan2 tempat tinggal anda!!
Bagi yang berniaga online, ini juga peluang anda untuk menambah pendapatan sampingan!

Untuk anda menjadi stokis, minimum modal yang diperlukan hanya RM10k sahaja! Stokis yg berdaftar dibawah kumpulan HafrazDCL juga akan disenaraikan mengikut negeri dan kawasan bagi memudahkan pengguna mendapatkan produk DCL!

Yang berminat juga digalakkan menghadiri kursus2, perjumpaan dan mesyuarat.. Anda boleh berdaftar menjadi ahli bersama HafrazDCL dan menjadi wakil DCL di kawasan tempat tinggal anda!! Berminat?? SMS Haf +6019.288.5583

Sunday, August 2, 2009

Bingkisan Motivasi Perdana Dato Stapa Hj Omar

Assalammualaikum & Salam sejahtera.. :)

Semoga kehadiran pengunjung setia blog HafrazDCL semakin membara perjuangannya sementelah menghadiri Motivasi Perdana Dato Stapa Hj Omar & CA Khalid Sabran pada Sabtu yang lalu bertempat di HQ DCL, Wangsa Melawati.

Memahami 5 Prinsip Asas MLM sangat PENTING. Ia perlu dilengkapi dengan cara kita berfikir kerana ia amat mempengaruhi sikap kita untuk berjaya. Sifat MALU tidak bertempat perlu dikikis. Untuk berjaya, adalah penting untuk kita memasang NIAT. Niat adalah kuasa dalaman dari HATI. Pasangkan niat untuk mencari kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Kita perlu mensasarkan untuk menang 100% di dunia dan 100% di akhirat bukannya 50% di dunia, 50% di akhirat!! Untuk menjadi orang berjaya juga, kita harus membuka MINDA dan mendalami ilmu. Sentiasa memotivasi diri tanpa menggunakan ayat negatif seperti JANGAN, TIDAK, BUKAN dan yang seangkatan dengannya. Positifkan ayat seharian kita kerana ianya mempunyai getaran gelombang untuk mempengaruhi diri kita dan persekitaran.

Jom kita pelajari apa itu Prinsip 5M yang wajib diaplikasikan oleh usahawan-usahawan DCL:
1. Mengguna 100% - Beli produk untuk kegunaan diri sendiri dengan tujuan menjana keyakinan terhadap keberkesanan dan merasai kehebatan produk.
2. Menjual - Usahawan DCL harus belajar dan berusaha mempertingkatkan hasil jualan. Anda boleh membuat perangkaan sebagai contoh; 1 hari saya hendak menjual 1 bidadari. Ini bermakna jika 1 bulan, anda harus boleh menjual 30 bidadari. Bila perangkaan telah dibuat, anda harus merangka strategi bagaimana cara untuk melaksanakannya. :)
3. Menaja -  Dalam MLM, jika tidak menaja itu bukanlah MLM. Jadi anda harus memikirkan siapa yang harus anda taja.
4. Membimbing - Bimbingan amat perlu untuk memastikan usahawan mengetahui kehebatan dan penggunaan produk secara total. Justeru itu, hadiri bengkel-bengkel berkenaan produk, seminar, mesyuarat dan perjumpaan kumpulan anda.
5. Mesyuarat - Program-program bimbingan yang perlu dihadiri bagi memastikan tahap motivasi anda sentiasa berada pada tahap yang tinggi. Ia bertujuan untuk bergaul sesama usahawan bagi mendapatkan suasana yang positif. Anda bijak jika membawa downline anda bersama :)

Bersama Dato Stapa Hj Omar pada sesi petang lebih menyemarakkan semangat usahawan-usahawan DCL. Menurut Dato Stapa HJ Omar, PENGORBANAN adalah sesuatu yang sangat indah untuk digambarkan apabila kita melakukan sesuatu dengan kasih sayang & ikhlas.

Sabda Nabi Muhammad SAW. Ada tiga golongan manusia iaitu:
1. Orang yang beruntung yakni orang yang berjaya.
2. Golongan yang terpedaya dan rugi yakni orang yang statik iaitu tidak ada perubahan dari semalam.
3. Golongan yang celaka yakni orang yang hari ini lebih teruk dari semalam.

Adalah penting kita berfikir untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.
Dato Stapa Hj Omar juga berkongsi rahsia disebalik SENYUMAN jika hendak menjadi orang berjaya. Untuk dihuraikan terlalu panjang. Haf akan tunggu downline Haf untuk upload beberapa slot motivasi Dato Stapa Hj Omar untuk dikongsikan bersama..:) Sebagai peringatan; Dato Stapa Hj Omar berkongsi perkara berikut:

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Senyum adalah sedekah yang paling murah dan bernilai"
Pepatah Cina pula menyebut: "Jangan buka sebuah kedai jika tak boleh hendak senyum"


Dato Stapa Hj Omar juga menekankan bahawa kita perlu mengubah cara berfikir. Sentiasa menerapkan sikap dan mentaliti yang positif. Tiada jalan pintas untuk berjaya!! Buat cara yang betul untuk berjaya. Pelajari dan dalami ILMU. Ambil peluang untuk belajar dan BERTINDAK DENGAN CARA YANG BETUL!! Jangan bodoh sombong.. dah tak tahu tak mahu pula bertanya. Dan kewajipan orang yang berilmu adalah memanjangkan ilmu tidak kira siapa pun di dalam DCL. Ini kerana, DCL mengajar usahawan-usahawannya membantu sesama ahli tanpa mengira siapa upline dan downline.

Nantikan slot2 video Motivasi Perdana Dato Stapa Hj Omar! Tungguuuuuuuuu!!