Wednesday, July 15, 2009

Berita Duka 11 Julai 2009

Assalammualaikum wbth kepada semua pengunjung blog HafrazDCL..

Sepatutnya pada 11 Julai 2009 yang lalu Haf mengikuti Bengkel 5M DCL yang dikelolakan oleh CA Khalid Sabran. Namun, sesuatu yang menyedihkan telah terjadi pada hari yang sepatutnya Haf hadir ke Bengkel Lanjutan 5M pada hari itu.

Memandangkan Haf dan suami baru balik dr negara jiran pada hari Jumaat petang, kami kepenatan langsung selepas subuh pagi Sabtu Haf terlelap. Haf agak lewat bersiap untuk ke HQ, namun semasa bersiap Haf mendapat panggilan bahawa anak buah kesayangan kami kemalangan di hadapan rumahnya. Haf tak sempat nak menghubungi person in-charge malah terus bergegas untuk balik ke kampung di Pahang. Baru mengisi gas di bt caves, panggilan ke 2 yang diterima menyatakan anak buah kami telah kembali ke Rahmatullah.

Haf dan suami terus balik kampung sehelai sepinggang untuk membantu kakak ipar dan keluarga. Semoga kakak ipar Haf dan keluarganya terus tabah dan kuat dalam ujianNya walaupun menurut kata kak ipar Haf dia masih terdengar2 bunyi brek yang kuat di hadapan rumahnya di mana anak buah kami yang sememangnya kecil molek di langgar dan terpelanting jauh menghentak busut. Malah yang paling dikesalkan orang itu tidak membantu sebaik melanggar. Semoga Allah menempatkan arwah Zarith Mohd Rasip 8 tahun, bersama golongan2 org yang soleh.. Aminnn

No comments:

Post a Comment