Assalammualaikum sahabat2 dan pejuang2 DCL yang dikasihi dan dihormati..
Dikesempatan ini, Haf ingin berkongsi beberapa tips dan info yang Haf perolehi sepanjang sehari menyertai Seminar 5M yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati kami pejuang2 DCL.
Seminar yang dikelolakan oleh CA Khalid Sabran pada Sabtu tanggal 20/06/09 bertempat di Dewan Wawasan, HQ, majlis dimulakan dipengerusikan oleh CD Rahim Omar Mat Jasa selaku pengerusi majlis, dihadiri CA Nasaruddin, CD Maizatul, CD Zhulhulaifah dan angkatan pejuang2 DCL dari Teluk Intan, Bukit Merah dan pejuang2 DCL sekitar Lembah Klang, Seremban dan Johor juga hadir memenuhi ruang Dewan Wawasan HQ bagi mengikuti Seminar 5M kelolaan CA Khalid Sabran.
Seperti biasa, majlis dimulakan dengan lagu Impian DCL, doa serta bacaan Al-Fatihah untuk Junjungan Besar Muhammad SAW, Ibu Bapa, pejuang2 DCL yang telah kembali ke Rahmatullah, serta buat seluruh muslimin dan muslimat. Selesai, ia diikuti dengan persembahan pengenalan profil CA Khalid Sabran. :)
Seminar 5M sebenarnya adalah "Human Being Technical" iaitu sebagai satu mekanisma bagaimana kita harus membina rangkaian dalam DCL.
Seminar ini membuatkan Haf semakin sedar akan kekurangan diri. Dah lama tak dimotivasi begini. Seingat Haf, selepas tamat UUM, itulah yang terakhir Haf hadiri kursus motivasi. Kini Haf nekad untuk teruskan perjuangan DCL. Tumpuan penuh fokus! Memang menakjubkan seminar kelolaan CA Khalid Sabran ini. Beliau sentiasa mengalu-alukan pejuang2 DCL tidak kira bawah CA manapun kerana niat beliau adalah murni untuk membantu pejuang2 DCL kerana tujuan yg sama iaitu membina ekonomi ummah berdikari!
Sebenarnya, sikap adalah penentu kejayaan kita. Kita perlu sentiasa bersedia. Hendak berperang perlu ada strategi. Begitu juga pejuang2 DCL. Kita harus ada ilmu pengetahuan tentang produk. Selama ini, sama ada kita sedar atau tidak, penyebab kegagalan adalah diri kita sendiri. Untuk apa kita mengajak orang yang tidak mahu buat? Kita juga gagal kerana kita tidak mahu belajar. Kita tidak ada usaha mahu belajar dengan menghadiri majlis ilmu seperti seminar, kursus, bengkel, mesyuarat dan majlis perjumpaan dengan pemimpin DCL, dengan alasan lapuk kena bayar duit. Memang sukar hendak berjaya jika begitu.
Selagi kita tidak menguasai ilmu MLM, susah kita hendak berjaya. Mulai hari ini, Haf seru kepada semua downline2 Haf supaya mempraktikkan Rukun 5M secara berterusan. Jika kita hendak berjaya, kita harus ada rasa PERCAYA (ia adalah tenaga dalaman!!). Mulai hari ini, cuba kita sama2 INSTALL dalam fikiran dan sikap kita untuk nak buat 10000pv sebulan dan DELETE 200pv sebulan!! Kita harus berusaha, ikhtiar, berdoa dan bertawakal secara berterusan.
Berikut adalah sikap2 NEGATIF yang harus kita DELETE bersama-sama:
1. Sindrom 4T (Tengok Teringin, Tapi Takut!!)
2. Malu tapi Mahu! Memang malu itu sebahagian daripada iman, tetapi janganlah rasa malu tak bertempat!
3. Malas dan tidak mahu susah payah. Anda harus menghargai peluang yang anda telah menjadi ahli DCL. Sikap malas dan hanya duduk goyang kaki tidak akan membawa anda ke mana-mana!
4. Mudah putus asa
5. Tidak mahu belajar- Mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengatakan bahawa kita tidak serius untuk berubah!! Hendak berjaya, ianya tidak semudah hendak meratakan gunung. Mana-mana korporat Malaysia yang bergelar jutawan, berapa kali mereka jatuh dan bangkit semula? Dah sampai masanya untuk kita muhasabah diri untuk melakukan 1 anjakan paradigma! Masa untuk kita berubah telah tiba! Mari lakukan bersama-sama di bawah panji DCL!
6. Buat perniagaan dengan cara yang salah (Teknik yang tidak betul)
7. Sikap mahu kaya cepat.
8. Tiada fokus dan sasaran (target).
9. Tidak yakin dan kurang percaya dengan syarikat serta produk!
10. Tidak ada komitmen yang bersungguh, tidak sanggup korban masa, tenaga dan wang ringgit.
Banyak lagi yang dikupas oleh CA Khalid Sabran. Haf akan terus berkongsi info menerusi tajuk2 yang lain.. sedikit perkongsian video yang di ambil oleh Shah Reza, pejuang DCL di bawah HafrazDCL :) Tq Shah for sharing with us! Jom kita saksikan..
Kids Jogger Pants 2-12y
-
Jogger pants berkualiti untuk adik 2 tahun sampaila abang/kakak 12 tahun.
Unisex design, boy girl boleh pakai. Comel sangat. 📣 2 helai RM35 je! 📣
Sehelai...
4 years ago
No comments:
Post a Comment