Showing posts with label aktiviti dcl. Show all posts
Showing posts with label aktiviti dcl. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010

Tuesday, November 17, 2009

Produk Apple Gold kini dijual berasingan!

Salam semua..

Kini, produk Apple Gold boleh dibeli secara berasingan. Haf pun tertunggu2 juga sbb toner Apple Gold dah habis dipakai.. :) Harga untuk produk Apple Gold seperti di bawah:

1. Set Apple Gold 5 in 1 (UV Cream, Night Cream, Moisturiser, Apple Bar & Toner) 
CP: WM: RM 398.00 / WM: RM428.00
DP: WM: RM 328.00 / WM: RM 358.00
PV: 200

2. Apple Facial Toner
CP: WM: RM 48.00 / WM: RM 52.00
DP: WM: RM 39.50 / WM: RM 42.50
PV: 23

3. Apple Moisturizer
CP: WM: RM 108.00 / WM: RM116.00
DP: WM: RM 89.00 / WM: RM 96.00
PV: 53

4. Apple UV Cream
CP: WM: RM 108.00 / WM: RM116.00
DP: WM: RM 89.00 / WM: RM 96.00
PV: 53

5. Apple Night Cream
CP: WM: RM 119.00 / WM: RM126.00
DP: WM: RM 98.00 / WM: RM 105.00
PV: 58

6. Apple Facial Scrub
CP: WM: RM 78.00 / WM: RM83.00
DP: WM: RM 64.00 / WM: RM 68.50
PV: 38

7. Apple Bar
CP: WM: RM 32.00 / WM: RM35.00
DP: WM: RM 26.50 / WM: RM 29.00
PV: 16

So, sekarang x de lah pening kepala nak beli satu set bagi mereka yg kurang mampu.. Untuk membeli sila hubungi Haf 019.288.5583. 




Tuesday, November 10, 2009

Jualan Istimewa!!


Pembungkusan lama Susu Koles-Gen versi Mawi perlu dihabiskan dalam tempoh segera berdasarkan kontrak yang termaktub. Dapatkan Susu Kolen-Gen pada harga seperti di bawah:

Beli 1 unit Susu Koles-Gen pada harga biasa, anda layak membeli unit yang ke 2 hanya pada harga berikut:

CP: WM:RM 48.00 / EM: RM53.00
CP: WM:RM 98.00 / EM: RM103.00 (Harga Biasa) 

p/s: Sementara stok masih ada

Wednesday, July 15, 2009

Berita Duka 11 Julai 2009

Assalammualaikum wbth kepada semua pengunjung blog HafrazDCL..

Sepatutnya pada 11 Julai 2009 yang lalu Haf mengikuti Bengkel 5M DCL yang dikelolakan oleh CA Khalid Sabran. Namun, sesuatu yang menyedihkan telah terjadi pada hari yang sepatutnya Haf hadir ke Bengkel Lanjutan 5M pada hari itu.

Memandangkan Haf dan suami baru balik dr negara jiran pada hari Jumaat petang, kami kepenatan langsung selepas subuh pagi Sabtu Haf terlelap. Haf agak lewat bersiap untuk ke HQ, namun semasa bersiap Haf mendapat panggilan bahawa anak buah kesayangan kami kemalangan di hadapan rumahnya. Haf tak sempat nak menghubungi person in-charge malah terus bergegas untuk balik ke kampung di Pahang. Baru mengisi gas di bt caves, panggilan ke 2 yang diterima menyatakan anak buah kami telah kembali ke Rahmatullah.

Haf dan suami terus balik kampung sehelai sepinggang untuk membantu kakak ipar dan keluarga. Semoga kakak ipar Haf dan keluarganya terus tabah dan kuat dalam ujianNya walaupun menurut kata kak ipar Haf dia masih terdengar2 bunyi brek yang kuat di hadapan rumahnya di mana anak buah kami yang sememangnya kecil molek di langgar dan terpelanting jauh menghentak busut. Malah yang paling dikesalkan orang itu tidak membantu sebaik melanggar. Semoga Allah menempatkan arwah Zarith Mohd Rasip 8 tahun, bersama golongan2 org yang soleh.. Aminnn

Monday, June 22, 2009

Seminar 5M - CA Khalid Sabran

Assalammualaikum sahabat2 dan pejuang2 DCL yang dikasihi dan dihormati..

Dikesempatan ini, Haf ingin berkongsi beberapa tips dan info yang Haf perolehi sepanjang sehari menyertai Seminar 5M yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati kami pejuang2 DCL.

Seminar yang dikelolakan oleh CA Khalid Sabran pada Sabtu tanggal 20/06/09 bertempat di Dewan Wawasan, HQ, majlis dimulakan dipengerusikan oleh CD Rahim Omar Mat Jasa selaku pengerusi majlis, dihadiri CA Nasaruddin, CD Maizatul, CD Zhulhulaifah dan angkatan pejuang2 DCL dari Teluk Intan, Bukit Merah dan pejuang2 DCL sekitar Lembah Klang, Seremban dan Johor juga hadir memenuhi ruang Dewan Wawasan HQ bagi mengikuti Seminar 5M kelolaan CA Khalid Sabran.

Seperti biasa, majlis dimulakan dengan lagu Impian DCL, doa serta bacaan Al-Fatihah untuk Junjungan Besar Muhammad SAW, Ibu Bapa, pejuang2 DCL yang telah kembali ke Rahmatullah, serta buat seluruh muslimin dan muslimat. Selesai, ia diikuti dengan persembahan pengenalan profil CA Khalid Sabran. :)

Seminar 5M sebenarnya adalah "Human Being Technical" iaitu sebagai satu mekanisma bagaimana kita harus membina rangkaian dalam DCL.

Seminar ini membuatkan Haf semakin sedar akan kekurangan diri. Dah lama tak dimotivasi begini. Seingat Haf, selepas tamat UUM, itulah yang terakhir Haf hadiri kursus motivasi. Kini Haf nekad untuk teruskan perjuangan DCL. Tumpuan penuh fokus! Memang menakjubkan seminar kelolaan CA Khalid Sabran ini. Beliau sentiasa mengalu-alukan pejuang2 DCL tidak kira bawah CA manapun kerana niat beliau adalah murni untuk membantu pejuang2 DCL kerana tujuan yg sama iaitu membina ekonomi ummah berdikari!

Sebenarnya, sikap adalah penentu kejayaan kita. Kita perlu sentiasa bersedia. Hendak berperang perlu ada strategi. Begitu juga pejuang2 DCL. Kita harus ada ilmu pengetahuan tentang produk. Selama ini, sama ada kita sedar atau tidak, penyebab kegagalan adalah diri kita sendiri. Untuk apa kita mengajak orang yang tidak mahu buat? Kita juga gagal kerana kita tidak mahu belajar. Kita tidak ada usaha mahu belajar dengan menghadiri majlis ilmu seperti seminar, kursus, bengkel, mesyuarat dan majlis perjumpaan dengan pemimpin DCL, dengan alasan lapuk kena bayar duit. Memang sukar hendak berjaya jika begitu.

Selagi kita tidak menguasai ilmu MLM, susah kita hendak berjaya. Mulai hari ini, Haf seru kepada semua downline2 Haf supaya mempraktikkan Rukun 5M secara berterusan. Jika kita hendak berjaya, kita harus ada rasa PERCAYA (ia adalah tenaga dalaman!!). Mulai hari ini, cuba kita sama2 INSTALL dalam fikiran dan sikap kita untuk nak buat 10000pv sebulan dan DELETE 200pv sebulan!! Kita harus berusaha, ikhtiar, berdoa dan bertawakal secara berterusan.

Berikut adalah sikap2 NEGATIF yang harus kita DELETE bersama-sama:
1. Sindrom 4T (Tengok Teringin, Tapi Takut!!)
2. Malu tapi Mahu! Memang malu itu sebahagian daripada iman, tetapi janganlah rasa malu tak bertempat!
3. Malas dan tidak mahu susah payah. Anda harus menghargai peluang yang anda telah menjadi ahli DCL. Sikap malas dan hanya duduk goyang kaki tidak akan membawa anda ke mana-mana!
4. Mudah putus asa
5. Tidak mahu belajar
- Mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengatakan bahawa kita tidak serius untuk berubah!! Hendak berjaya, ianya tidak semudah hendak meratakan gunung. Mana-mana korporat Malaysia yang bergelar jutawan, berapa kali mereka jatuh dan bangkit semula? Dah sampai masanya untuk kita muhasabah diri untuk melakukan 1 anjakan paradigma! Masa untuk kita berubah telah tiba! Mari lakukan bersama-sama di bawah panji DCL!
6. Buat perniagaan dengan cara yang salah (Teknik yang tidak betul)
7. Sikap mahu kaya cepat.
8. Tiada fokus dan sasaran (target).
9. Tidak yakin dan kurang percaya dengan syarikat serta produk!
10. Tidak ada komitmen yang bersungguh, tidak sanggup korban masa, tenaga dan wang ringgit.

Banyak lagi yang dikupas oleh CA Khalid Sabran. Haf akan terus berkongsi info menerusi tajuk2 yang lain.. sedikit perkongsian video yang di ambil oleh Shah Reza, pejuang DCL di bawah HafrazDCL :) Tq Shah for sharing with us! Jom kita saksikan..



Sunday, June 14, 2009

Kemaskini stok!

Salam pejuang2 dan bakal pejuang2 DCL..

Sedikit sahaja coretan untuk hari ini.. untuk update stok.. :)

Untuk sementara,

1. Q She 100 biji SOLD OUT!
2. Bidadari 375ml - 8 unit
3. Hygiene Wash Strawberry (Pencuci Wanita) - 3 unit
4. E Gnius 80tablet - 1 unit
5. D Gnius 200tablet - 5 unit


Segera daftar menjadi ahli DCL dan dapatkan produk di atas bersama harga promosi keahlian DCL!! Hubungi/sms Haf di talian +6019.288.5583! Rebut sekarang!!

Wednesday, June 10, 2009

Info Bengkel & Seminar Terbaru!

Salam pejuang2 DCL khususnya downline HafrazDCL..


Info berkenaan majlis ilmu yang digalakkan hadir bagi pejuang2 yang mahu memantapkan jualan dan kepimpinan serta ilmu produk.

Tarikh: 14 Jun 2009
Hari: Ahad
Tempat: BC Kajang, Prima Saujana
Masa: 9am - 5pm
Bayaran: RM40
Penceramah: CD Zhulhulaifah Shoukatt Ali

Tarikh: 27 Jun 2009
Hari: Sabtu
Tempat: HQ, Wisma DCL
Masa: 9am - 5pm
Bayaran: RM35
Penceramah: CD Zhulhulaifah Shoukatt Ali

Tarikh: 20 Jun 2009
Hari: Sabtu
Tempat: HQ, Wisma DCL
Masa: 9am - 5pm
Bayaran: RM35
Penceramah: CA Khalid Sabran

Kepada downline HafrazDCL sila ambil perhatian ya. Anda digalakkan untuk menyertai kursus ini. Kepada yang masih belum menjadi ahli DCL, anda juga boleh menyertai bagi melihat sendiri kehebatan produk DCL seterusnya bagaimana kami diajar dan dilatih untuk membina kejayaan di atas kejayaan orang lain secara beretika. :)

Kepentingan ILMU adalah tunjang untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Carilah ILMU yang baik untuk dimanfaatkan bersama.