Showing posts with label set 5P. Show all posts
Showing posts with label set 5P. Show all posts

Monday, June 22, 2009

Bersama Membangun Ekonomi Ummah Berdikari

Assalammualaikum sahabat dan pengunjung setia blog HafrazDCL..

Salam perjuangan daripada Haf.. :)

Sambungan daripada seminar 5M, Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Kemiskinan hampir-hampir membawa kepada kekufuran" - Riwayat Abu Daud


Bagi menbangun dan menjana ekonomi ummah berdikari, adakah kita sudah siap sedia untuk berubah?? Adakah kita masih lagi hendak menaja seorang sahaja setiap bulan?? Atau datang mesyuarat dan perjumpaan 2 bulan sekali atau tidak hadir langsung??

Sebagai perkongsian bersama, sedarlah sahabat dan pejuang2 DCL semua.. Bangsa kita sudah TENAT.. marilah kita bingkas membangun dan memartabat bangsa Melayu kita, sekaligus memartabatkan agama Islam dan negara! Bangunlah!! Sedarlah!! Ekonomi bangsa Melayu kita TENAT!! Budaya kita dah TENAT!! Bahasa kita dah TENAT!! Anak bangsa kita sudah TENAT!! Rempit, dadah, gejala sosial yang merosak peribadi ummah berkualiti!!

Apa akan jadi kepada generasi akan datang?? Anak-anak kita?? Cucu-cucu kita?? Jika kita masih alpa dan tidak mahu berubah, kita akan lihat anak bangsa kita akan merempat di negara sendiri!! Dasar ekonomi baru juga tidak akan berjaya sekiranya kita tidak bersatu hati membangun ekonomi ummah berdikari!

Serampang dua mata DEB antaranya adalah MEMBASMI KEMISKINAN. Namun sehingga kini hanya 18% sahaja ekuiti orang Melayu iaitu 12% drpd sektor korporat spt PNB, Tabung Haji, Takaful dan Bank Islam manakala 6% lagi dr golongan individu.

Bayangkanlah satu rumah, berapa besar bahagian 18% daripada besar sebuah rumah? Hanya lebih kurang besar bilik air!! Jika diperhatikan peratusan 6% pula?? Ianya tidak ubah seperti tandas besarnya!! Bila ekonomi kita akan terus diperkasa? Kita bertanggungjawab ke arah membangun dan memperkasa ekonomi ummah!!

Justeru itu, rancanglah masa depan kita dengan membantu dan menyertai pejuang2 DCL.. Kini DCL telah melahirkan 36 jutawan Melayu Islam Bumiputera!!

(Firman Allah dalam Surah Al-Qashash: 77)
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat, dan janganlah kamu lupakan kebahagiaanmu (kenikmatan) duniawi"


Kita harus mengimbangi dunia dan akhirat.. Kerana itu, DCL sentiasa menggalakkan sedekah dan amal jariah dalam setiap jualan produk. Semoga pejuang2 DCL terus meluncur gagah di arena MLM sehingga ke peringkat global!

p/s: Berikut adalah perangkaan kajian yang dibuat apabila usia mencecah 65tahun.

5% - Masih bekerja
54% - Bergantung hidup atas belas ehsan orang lain (Harap anak/rumah kebajikan)
36% - Meninggal dunia
4% - Bebas dari masalah kewangan
1% - Kaya-raya


Renung2kanlah..

Seminar 5M - CA Khalid Sabran

Assalammualaikum sahabat2 dan pejuang2 DCL yang dikasihi dan dihormati..

Dikesempatan ini, Haf ingin berkongsi beberapa tips dan info yang Haf perolehi sepanjang sehari menyertai Seminar 5M yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati kami pejuang2 DCL.

Seminar yang dikelolakan oleh CA Khalid Sabran pada Sabtu tanggal 20/06/09 bertempat di Dewan Wawasan, HQ, majlis dimulakan dipengerusikan oleh CD Rahim Omar Mat Jasa selaku pengerusi majlis, dihadiri CA Nasaruddin, CD Maizatul, CD Zhulhulaifah dan angkatan pejuang2 DCL dari Teluk Intan, Bukit Merah dan pejuang2 DCL sekitar Lembah Klang, Seremban dan Johor juga hadir memenuhi ruang Dewan Wawasan HQ bagi mengikuti Seminar 5M kelolaan CA Khalid Sabran.

Seperti biasa, majlis dimulakan dengan lagu Impian DCL, doa serta bacaan Al-Fatihah untuk Junjungan Besar Muhammad SAW, Ibu Bapa, pejuang2 DCL yang telah kembali ke Rahmatullah, serta buat seluruh muslimin dan muslimat. Selesai, ia diikuti dengan persembahan pengenalan profil CA Khalid Sabran. :)

Seminar 5M sebenarnya adalah "Human Being Technical" iaitu sebagai satu mekanisma bagaimana kita harus membina rangkaian dalam DCL.

Seminar ini membuatkan Haf semakin sedar akan kekurangan diri. Dah lama tak dimotivasi begini. Seingat Haf, selepas tamat UUM, itulah yang terakhir Haf hadiri kursus motivasi. Kini Haf nekad untuk teruskan perjuangan DCL. Tumpuan penuh fokus! Memang menakjubkan seminar kelolaan CA Khalid Sabran ini. Beliau sentiasa mengalu-alukan pejuang2 DCL tidak kira bawah CA manapun kerana niat beliau adalah murni untuk membantu pejuang2 DCL kerana tujuan yg sama iaitu membina ekonomi ummah berdikari!

Sebenarnya, sikap adalah penentu kejayaan kita. Kita perlu sentiasa bersedia. Hendak berperang perlu ada strategi. Begitu juga pejuang2 DCL. Kita harus ada ilmu pengetahuan tentang produk. Selama ini, sama ada kita sedar atau tidak, penyebab kegagalan adalah diri kita sendiri. Untuk apa kita mengajak orang yang tidak mahu buat? Kita juga gagal kerana kita tidak mahu belajar. Kita tidak ada usaha mahu belajar dengan menghadiri majlis ilmu seperti seminar, kursus, bengkel, mesyuarat dan majlis perjumpaan dengan pemimpin DCL, dengan alasan lapuk kena bayar duit. Memang sukar hendak berjaya jika begitu.

Selagi kita tidak menguasai ilmu MLM, susah kita hendak berjaya. Mulai hari ini, Haf seru kepada semua downline2 Haf supaya mempraktikkan Rukun 5M secara berterusan. Jika kita hendak berjaya, kita harus ada rasa PERCAYA (ia adalah tenaga dalaman!!). Mulai hari ini, cuba kita sama2 INSTALL dalam fikiran dan sikap kita untuk nak buat 10000pv sebulan dan DELETE 200pv sebulan!! Kita harus berusaha, ikhtiar, berdoa dan bertawakal secara berterusan.

Berikut adalah sikap2 NEGATIF yang harus kita DELETE bersama-sama:
1. Sindrom 4T (Tengok Teringin, Tapi Takut!!)
2. Malu tapi Mahu! Memang malu itu sebahagian daripada iman, tetapi janganlah rasa malu tak bertempat!
3. Malas dan tidak mahu susah payah. Anda harus menghargai peluang yang anda telah menjadi ahli DCL. Sikap malas dan hanya duduk goyang kaki tidak akan membawa anda ke mana-mana!
4. Mudah putus asa
5. Tidak mahu belajar
- Mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengatakan bahawa kita tidak serius untuk berubah!! Hendak berjaya, ianya tidak semudah hendak meratakan gunung. Mana-mana korporat Malaysia yang bergelar jutawan, berapa kali mereka jatuh dan bangkit semula? Dah sampai masanya untuk kita muhasabah diri untuk melakukan 1 anjakan paradigma! Masa untuk kita berubah telah tiba! Mari lakukan bersama-sama di bawah panji DCL!
6. Buat perniagaan dengan cara yang salah (Teknik yang tidak betul)
7. Sikap mahu kaya cepat.
8. Tiada fokus dan sasaran (target).
9. Tidak yakin dan kurang percaya dengan syarikat serta produk!
10. Tidak ada komitmen yang bersungguh, tidak sanggup korban masa, tenaga dan wang ringgit.

Banyak lagi yang dikupas oleh CA Khalid Sabran. Haf akan terus berkongsi info menerusi tajuk2 yang lain.. sedikit perkongsian video yang di ambil oleh Shah Reza, pejuang DCL di bawah HafrazDCL :) Tq Shah for sharing with us! Jom kita saksikan..