Showing posts with label produk bidadari. Show all posts
Showing posts with label produk bidadari. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010

Updates! Distributor Rally

Semalam, Haf sempat ke Wisma Sejarah untuk menyaksikan majlis penganugerahan pin, sijil & plak untuk pelayak2 Emerald Manager & Pearl Director! Tahniah drp HafrazDCL group.

Kepada mereka yg berminat untuk mendapatkan Sistem Perawatan Air OXI-Pi, kini DCL mengadakan skim trade in bernilai RM500! Tidak kira jenama MLM apa, anda hanya perlu membayar RM1620.00 SAHAJA berbanding RM2120.00 harga asal! Rasai kelebihan air OXy Pi untuk lebih sihat!

Sesiapa yg berminat untuk mendapatkan Susu Kolustrum IGC, hanya RM95.00 sahaja! Lima kotak sahaja  yg tinggal. Harga termasuk kos pos! Cepat, hubungi Haf 019.288.5583! SMS pun boleh! Jom jadi ahli.. hanya RM50 sahaja! DCL the best! DCl number ONE!


Kempen 12 tahun DCL!


Jom jadi ahli DCL dan dapatkan barangan DCL dengan harga ahli! Hubungi/sms Haf 019.288.5583


Tuesday, November 10, 2009

Produk Baru DCL


DCL kini tampil dengan produk-produk baru! Dapatkannya sekarang! Untuk belian, sila hubungi Haf di 019.288.5583. Kos penghantaran ditanggung pembeli. Harap maklum.

Monday, November 9, 2009

Regional Rally DCL - Nov 09

Salam kepada semua.

Info untuk dikongsikan bersama. Jom kita sama2 memeriahkan majlis Regional Rally Nov 09. Butiran seperti berikut:

Tarikh: 24 Nov 2009
Hari: Selasa
Tempat: Wisma Sejarah, KL
Masa: 9:00pm - 10:30pm


Bersama dengan Pengasas 1 DCL, Dato Stapa Hj. Omar. Jumpa di sanaaaaaaaaaa!! :)

Wednesday, August 5, 2009

Stokis & Pengedar DCL

Assalammualaikum wbth..

Salam perjuangan, salam penuh kasih buat semua pengunjung blog. Semoga kehidupan yang kita lalui hari ini lebih baik daripada semalam.

Sebagaimana dipaparkan dalam media massa dan media cetak, DCL terus berkembang dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat MLM Bumiputera Islam yang gah di rantau Asia. Usaha dan semangat pejuang-pejuang DCL yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi, mencerminkan kehebatan DCL bukan sahaja melalui produk-produk hebat, halal dan berkualiti serta mampu dimiliki bahkan sentiasa diingatkan Pengasas 1 dan 2 DCL iaitu Dato Stapa Hj Omar dan Dato Azlina Che Abdullah untuk sentiasa mensyukuri nikmat Allah.

Pejuang-pejuang merangkap usahawan DCL sentiasa diingatkan untuk bersyukur, mengunjungi Kaabah bagi menzahirkan kesyukuran, sentiasa berkongsi nikmat melalui derma dll. Lantaran objektif utama DCL untuk membangun ekonomi ummah berdikari, ia merupakan satu perjuangan kita sebagai Melayu Bumiputera Islam untuk bangkit dalam dunia perniagaan.

Justeru itu, dengan platform yang terbina atas nama De Classic Life (DCL), syarikat yang kukuh dari aspek kewangan, pemimpin tersohor yang telah berkecimpung dalam arena MLM, ukhuwah yang terbina antara usahawan2 DCL, ditambah pula keunggulan produk DCL, Haf menjemput kepada semua bakal usahawan/pengedar yang berminat untuk menjadi stokis samada online atau offline menghubungi/SMS Haf di +019.288.5583.

Bakal2 usahawan(stokis)/pengedar DCL setiap negeri juga diperlukan untuk memenuhi dan menampung keperluan permintaan stok termasuklah di daerah/kawasan2 tempat tinggal anda!!
Bagi yang berniaga online, ini juga peluang anda untuk menambah pendapatan sampingan!

Untuk anda menjadi stokis, minimum modal yang diperlukan hanya RM10k sahaja! Stokis yg berdaftar dibawah kumpulan HafrazDCL juga akan disenaraikan mengikut negeri dan kawasan bagi memudahkan pengguna mendapatkan produk DCL!

Yang berminat juga digalakkan menghadiri kursus2, perjumpaan dan mesyuarat.. Anda boleh berdaftar menjadi ahli bersama HafrazDCL dan menjadi wakil DCL di kawasan tempat tinggal anda!! Berminat?? SMS Haf +6019.288.5583

Tuesday, July 21, 2009

Motivasi Perdana Dato Stapa & Mega Power!!

Salam perjuangan.. :)

Anda semua dijemput hadir ke Pertemuan Motivasi Perdana Mega Power bersama CA Khalid Sabran dan Pengasas 1 DCL iaitu Dato Stapa Hj Omar seperti butiran berikut:

Tarikh: 1 Ogos 2009
Masa: 9am - 5pm
Tempat: Wisma DCL, Wangsa Melawati
Harga Kupon Masuk: RM20 (Dah nak habisssss!! Pasti MENGGEGARKAN!!)
Hubungi: CD Rahim 019.223.2676 untuk mendapatkan kupon!!


Jangan lepaskan peluang ini!! DCL terus mara ke hadapan!! Lebih Adil LEbih Sukses!!

Wednesday, July 15, 2009

Seminar 5M DCL Kembali Lagi!!

Salam perjuangan, salam aura kasih sayang buat seluruh pejuang2 DCL. Anda semua dijemput untuk hadir menyertai Seminar 5M  kelolaan CA Khalid Sabran seperti butiran berikut:

Tarikh: 18 Julai 2009
Masa: 9:30am - 05:30pm
Tempat: Wisma DCL (HQ), Wangsa Melawati
Yuran: RM35 SAHAJA


Jom bawa ahli2 downline anda!! Kita bakar semangat bersama dalam memperjuang dan memartabatkan semangat perjuangan DCL demi agama, bangsa dan negara!!

DCL, Lebih Adil, Lebih Sukses!! Jumpa di sanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Sunday, July 5, 2009

Bengkel 5M DCL oleh CA Khalid Sabran

Assalammualaikum wbth kepada semua pengunjung blog HafrazDCL..

Haf nak kongsi sedikit info dan amat menggalakkan kepada mereka yang berminat untuk ke aktiviti Bengkel 5M DCL seperti butiran berikut:


Aktiviti: Bengkel 5M DCL
Tarikh: 11 Julai 2009
Masa: 9:30am - 05:30pm
Tempat: Wisma DCL, Wangsa Melawati Kuala Lumpur.
Bayaran: RM50 SAHAJA


Program ini adalah program khas untuk meningkatkan jualan dan pendapatan!! Pasti POWER!! Hanya RM50!! Program ini di bawah kelolaan CA Khalid Sabran drp Megapower Centre.

Haf awal2 lagi dah daftar!! Siapa yang belum daftar, elok datang join!! Memang berbaloi!!

Bagi mereka yang berminat nak jadi ahli DCL tetapi masih ragu2..anda juga digalakkan untuk ke program ini!! Jom kita ramai2 memanfaatkan majlis ilmu ini..

Bagi yang hendak menjadi ahli DCL atau membeli produk-produk DCL, boleh sms/call Haf di +6019.288.5583 atau YM: hafiza81@yahoo.com ok??

Salam perjuangan drpd HafrazDCL

Thursday, June 25, 2009

Regional Rally - 24 Jun 2009

Assalammualaikum pengunjung2 setia blog HafrazDCL..

Mengulas aktiviti pada Rabu malam 24/06/2009 bertempat di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, Haf berkesempatan ke Majlis Penganugerahan Pearl Director bagi Zon Lembah Klang. Memang hangat dan meriah!! Lebih2 lagi diserikan dengan persembahan Dikir Barat Kumpulan Samudera, dihadiri barisan pemimpin2 DCL terutamanya Pengasas 1 dan Pengasas 2 yang amat dikasihi; Dato Stapa dan Dato' Azlina, seterusnya pejuang2 DCL.

Selesai persembahan dikir barat, diikuti penyampaian lagu penuh aura Impian DCL, majlis diteruskan dengan sedikit perkongsian pengalaman oleh pelayak Pearl Director Pn Norfadzilah Abd Samad dan penyampaian anugerah kepada pelayak2 Pearl Director oleh Pengasas 1 DCL Dato Stapa dan sesi bergambar bersama barisan pelayak Pearl Director.

Majlis diserikan juga dengan kehadiran Bapak Dudi Supriadi iaitu Regional Trainer daripada ESQ Training Centre. Haf akan ulaskan dalam pos akan datang untuk berkongsi apa yang Haf perolehi sepanjang mendengar motivasi hebat daripada Bapak Dudi Supriadi.

Seterusnya, sambungan penyampaian anugerah bagi pelayak Pearl Director disampaikan pula oleh Dato Azlina Che Abdullah dan diikuti penyampaian sedikit pengumuman produk baru oleh Dato Stapa selaku Pengasas 1 DCL. Antara produk baru keluaran DCL ialah AeroGuara, Apple Gold Set, Foundation, Lipstik 5 warna, Diaber Herb, Girdle, Putra Love Lotion, Putri Love Powder, Minyak Sintetik dan Aduka. Haf akan mendapatkan info bagi perkongsian semua secepat yang mungkin ya.. Nantikan kemunculannya!!

Paling hangat malam semalam, Haf telah memenangi dua cabutan bertuah, manakala downline Haf, Pn. Habibah juga berjaya mendapat cabutan bertuah beripa Stokin Bio-Energy DCL.. :)
Haf juga berkesempatan bersalam dengan Dato Azlina Che Abdullah juga bergambar bersama kedua-dua pengasas yang dikagumi ini..

 











Tuesday, June 23, 2009

Pakej Pilihan Pelanggan DCL

Assalammualaikum wbth kepada semua pengunjung blog HafrazDCL..

Haf pernah mendengar dan berkongsi cerita dengan seorang kenalan lama yang amat mementingkan kecantikkan dan penampilan diri. Bahkan, beliau sanggup membelanjakan beribu-ribu hanya untuk kelihatan cantik dan menawan. Ini bermakna ada dikalangan kita yang sanggup mengeluarkan belanja beribu2 untuk tampil sihat dan menawan. Namun, ada juga yang sanggup kepit duit daripada mementingkan kesihatan. Tahukah anda bahawa tidak ada gunanya jika kita jatuh sakit walaupun mempunyai duit yang banyak?

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan menawan, boleh menempah Pakej A: Sihat, Cantik, Anggun (SCA) untuk sebulan! Cuba 3 bulan secara disiplin, Insyaallah anda akan merasai perubahan yang ketara!! Bagi yang mengalami masalah resdung, kolestrol tinggi, kencing manis, darah tinggi, kerap migrain, kerap keletihan, dll boleh mencuba Pakej B: Perawatan 5P untuk sebulan! Juga disiplin dalam pengambilan selama sekurang2nya 3 bulan untuk merasai kesannya!

Pakej A: Sihat, Cantik dan Anggun (SCA) untuk sebulan (RM538.00 SAHAJA!!)
1. Inte Clenz/Clon Clenz - 2 botol - RM 96.00
2. Bidadari 250ml - 2 botol - RM 106.00
3. Q She - 2 botol - RM136.00
4. Nuage - 2 kotak - RM 156.00
5. Red Guara Cafe - 2 pek - RM 44.00
* Anda layak menerima pemberian percuma MISTERI!!

Pakej B: Set Perawatan 5P untuk sebulan (RM536.00 SAHAJA!!)
1. Inte-Clenz/Clon Clenz - 4 botol - RM192.00
2. Ry-Lex - 2 kotak - RM 116.00
3. Amazing - 2 botol - RM 90.00
4. Oxy P'ionik - 24 botol - RM90.80
5. E-Gnius - 1 botol - RM 48.00
* Anda layak menerima pemberian percuma MISTERI!!

Kos penghantaran sekitar Lembah Klang adalah PERCUMA!! Kepada mereka yang berminat dengan pakej di atas mahupun mana2 produk DCL, boleh membuat bayaran ke CIMB 14020185079523 atas nama Hafiza Mohd Razally atau Maybank 1640 2503 4058 juga atas nama Hafiza Mohd Razally. Sila emel/sms butiran berikut ke hafiza81@yahoo.com atau sms ke +6019.288.5583

Nama penuh:
Alamat lengkap:
No hp:
Tarikh penghantaran:
Jenis pakej:
Jumlah yang telah dibayar:
No rujukan:
Masa/tarikh bayaran:


Sesiapa yang berminat nak jadi usahawan DCL sebagai Sub-Stokis dan juga Stokis tidak kira di mana jua anda berada, anda amatlah di alu2kan menghubungi Haf +6019.288.5583

DCL, Lebih Adil, Lebih Sukses!

Monday, June 22, 2009

Bersama Membangun Ekonomi Ummah Berdikari

Assalammualaikum sahabat dan pengunjung setia blog HafrazDCL..

Salam perjuangan daripada Haf.. :)

Sambungan daripada seminar 5M, Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Kemiskinan hampir-hampir membawa kepada kekufuran" - Riwayat Abu Daud


Bagi menbangun dan menjana ekonomi ummah berdikari, adakah kita sudah siap sedia untuk berubah?? Adakah kita masih lagi hendak menaja seorang sahaja setiap bulan?? Atau datang mesyuarat dan perjumpaan 2 bulan sekali atau tidak hadir langsung??

Sebagai perkongsian bersama, sedarlah sahabat dan pejuang2 DCL semua.. Bangsa kita sudah TENAT.. marilah kita bingkas membangun dan memartabat bangsa Melayu kita, sekaligus memartabatkan agama Islam dan negara! Bangunlah!! Sedarlah!! Ekonomi bangsa Melayu kita TENAT!! Budaya kita dah TENAT!! Bahasa kita dah TENAT!! Anak bangsa kita sudah TENAT!! Rempit, dadah, gejala sosial yang merosak peribadi ummah berkualiti!!

Apa akan jadi kepada generasi akan datang?? Anak-anak kita?? Cucu-cucu kita?? Jika kita masih alpa dan tidak mahu berubah, kita akan lihat anak bangsa kita akan merempat di negara sendiri!! Dasar ekonomi baru juga tidak akan berjaya sekiranya kita tidak bersatu hati membangun ekonomi ummah berdikari!

Serampang dua mata DEB antaranya adalah MEMBASMI KEMISKINAN. Namun sehingga kini hanya 18% sahaja ekuiti orang Melayu iaitu 12% drpd sektor korporat spt PNB, Tabung Haji, Takaful dan Bank Islam manakala 6% lagi dr golongan individu.

Bayangkanlah satu rumah, berapa besar bahagian 18% daripada besar sebuah rumah? Hanya lebih kurang besar bilik air!! Jika diperhatikan peratusan 6% pula?? Ianya tidak ubah seperti tandas besarnya!! Bila ekonomi kita akan terus diperkasa? Kita bertanggungjawab ke arah membangun dan memperkasa ekonomi ummah!!

Justeru itu, rancanglah masa depan kita dengan membantu dan menyertai pejuang2 DCL.. Kini DCL telah melahirkan 36 jutawan Melayu Islam Bumiputera!!

(Firman Allah dalam Surah Al-Qashash: 77)
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat, dan janganlah kamu lupakan kebahagiaanmu (kenikmatan) duniawi"


Kita harus mengimbangi dunia dan akhirat.. Kerana itu, DCL sentiasa menggalakkan sedekah dan amal jariah dalam setiap jualan produk. Semoga pejuang2 DCL terus meluncur gagah di arena MLM sehingga ke peringkat global!

p/s: Berikut adalah perangkaan kajian yang dibuat apabila usia mencecah 65tahun.

5% - Masih bekerja
54% - Bergantung hidup atas belas ehsan orang lain (Harap anak/rumah kebajikan)
36% - Meninggal dunia
4% - Bebas dari masalah kewangan
1% - Kaya-raya


Renung2kanlah..

Seminar 5M - CA Khalid Sabran

Assalammualaikum sahabat2 dan pejuang2 DCL yang dikasihi dan dihormati..

Dikesempatan ini, Haf ingin berkongsi beberapa tips dan info yang Haf perolehi sepanjang sehari menyertai Seminar 5M yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati kami pejuang2 DCL.

Seminar yang dikelolakan oleh CA Khalid Sabran pada Sabtu tanggal 20/06/09 bertempat di Dewan Wawasan, HQ, majlis dimulakan dipengerusikan oleh CD Rahim Omar Mat Jasa selaku pengerusi majlis, dihadiri CA Nasaruddin, CD Maizatul, CD Zhulhulaifah dan angkatan pejuang2 DCL dari Teluk Intan, Bukit Merah dan pejuang2 DCL sekitar Lembah Klang, Seremban dan Johor juga hadir memenuhi ruang Dewan Wawasan HQ bagi mengikuti Seminar 5M kelolaan CA Khalid Sabran.

Seperti biasa, majlis dimulakan dengan lagu Impian DCL, doa serta bacaan Al-Fatihah untuk Junjungan Besar Muhammad SAW, Ibu Bapa, pejuang2 DCL yang telah kembali ke Rahmatullah, serta buat seluruh muslimin dan muslimat. Selesai, ia diikuti dengan persembahan pengenalan profil CA Khalid Sabran. :)

Seminar 5M sebenarnya adalah "Human Being Technical" iaitu sebagai satu mekanisma bagaimana kita harus membina rangkaian dalam DCL.

Seminar ini membuatkan Haf semakin sedar akan kekurangan diri. Dah lama tak dimotivasi begini. Seingat Haf, selepas tamat UUM, itulah yang terakhir Haf hadiri kursus motivasi. Kini Haf nekad untuk teruskan perjuangan DCL. Tumpuan penuh fokus! Memang menakjubkan seminar kelolaan CA Khalid Sabran ini. Beliau sentiasa mengalu-alukan pejuang2 DCL tidak kira bawah CA manapun kerana niat beliau adalah murni untuk membantu pejuang2 DCL kerana tujuan yg sama iaitu membina ekonomi ummah berdikari!

Sebenarnya, sikap adalah penentu kejayaan kita. Kita perlu sentiasa bersedia. Hendak berperang perlu ada strategi. Begitu juga pejuang2 DCL. Kita harus ada ilmu pengetahuan tentang produk. Selama ini, sama ada kita sedar atau tidak, penyebab kegagalan adalah diri kita sendiri. Untuk apa kita mengajak orang yang tidak mahu buat? Kita juga gagal kerana kita tidak mahu belajar. Kita tidak ada usaha mahu belajar dengan menghadiri majlis ilmu seperti seminar, kursus, bengkel, mesyuarat dan majlis perjumpaan dengan pemimpin DCL, dengan alasan lapuk kena bayar duit. Memang sukar hendak berjaya jika begitu.

Selagi kita tidak menguasai ilmu MLM, susah kita hendak berjaya. Mulai hari ini, Haf seru kepada semua downline2 Haf supaya mempraktikkan Rukun 5M secara berterusan. Jika kita hendak berjaya, kita harus ada rasa PERCAYA (ia adalah tenaga dalaman!!). Mulai hari ini, cuba kita sama2 INSTALL dalam fikiran dan sikap kita untuk nak buat 10000pv sebulan dan DELETE 200pv sebulan!! Kita harus berusaha, ikhtiar, berdoa dan bertawakal secara berterusan.

Berikut adalah sikap2 NEGATIF yang harus kita DELETE bersama-sama:
1. Sindrom 4T (Tengok Teringin, Tapi Takut!!)
2. Malu tapi Mahu! Memang malu itu sebahagian daripada iman, tetapi janganlah rasa malu tak bertempat!
3. Malas dan tidak mahu susah payah. Anda harus menghargai peluang yang anda telah menjadi ahli DCL. Sikap malas dan hanya duduk goyang kaki tidak akan membawa anda ke mana-mana!
4. Mudah putus asa
5. Tidak mahu belajar
- Mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengatakan bahawa kita tidak serius untuk berubah!! Hendak berjaya, ianya tidak semudah hendak meratakan gunung. Mana-mana korporat Malaysia yang bergelar jutawan, berapa kali mereka jatuh dan bangkit semula? Dah sampai masanya untuk kita muhasabah diri untuk melakukan 1 anjakan paradigma! Masa untuk kita berubah telah tiba! Mari lakukan bersama-sama di bawah panji DCL!
6. Buat perniagaan dengan cara yang salah (Teknik yang tidak betul)
7. Sikap mahu kaya cepat.
8. Tiada fokus dan sasaran (target).
9. Tidak yakin dan kurang percaya dengan syarikat serta produk!
10. Tidak ada komitmen yang bersungguh, tidak sanggup korban masa, tenaga dan wang ringgit.

Banyak lagi yang dikupas oleh CA Khalid Sabran. Haf akan terus berkongsi info menerusi tajuk2 yang lain.. sedikit perkongsian video yang di ambil oleh Shah Reza, pejuang DCL di bawah HafrazDCL :) Tq Shah for sharing with us! Jom kita saksikan..



Sunday, June 21, 2009

Kemaskini Stok!! Terus Hangat!!

Salam pejuang2 dan bakal pejuang2 DCL..

Update stok.. :)

Untuk sementara,

1. Q She 100 biji SOLD OUT!
2. Bidadari 375ml - 4 unit!!
3. Hygiene Wash Strawberry (Pencuci Wanita) - 1 unit
4. E Gnius 80tablet - 1 unit
5. D Gnius 200tablet - 3 unit

Segera daftar menjadi ahli DCL dan dapatkan produk di atas bersama harga promosi keahlian DCL!! Hubungi/sms Haf di talian +6019.288.5583! Rebut sekarang!!

Promosi Terhad untuk sesiapa yang berminat menjadi ahli DCL:

Promosi Keahlian DCL:

1 Bidadari 375ml + Kit DCL = RM100.00
atau
2 Bidadari 375ml + Kit DCL = RM 149.00
atau
1 Hygiene Wash Strawberry + Kit DCL = RM75.00
atau
1 Q She 100biji + Kit DCL = RM154.00
atau
1 D Gnius (Kanak2/Pelajar 12thn ke bawah) + Kit DCL = RM115.00

Kos Penghantaran hanya RM6.00 sahaja ke seluruh Malaysia. Jadilah wakil servis di kawasan anda hari ini! Hubungi Hafraz +6019.288.5583!

Promosi sehingga 30 Jun 2009! Selagi stok masih ada! Segera hubungi +6019.288.5583 Hafraz! Yang berminat boleh bank in bayaran ke CIMB 14020185079523 atas nama Hafiza Mohd Razally atau Maybank 1640 2503 4058 juga atas nama Hafiza Mohd Razally. SMS/Call/Emel butiran bayaran untuk tujuan semakan, pengesahan dan penghantaran. Sila kemukakan butiran diri seperti berikut:

Applicant Name:
Nationality:
IC No/ Passport No. :
Sex:
Religion:
Occupation:
Date of Birth:
Complete Mailing Address:
Spouse Name:
Nationality:
IC No. / Passport No.:
Sex:
Religion:
Occupation:
HP number:
Email:
Beneficiary's Info (Pewaris):
Name:
IC No:

Account Details:
Bank Name:
Branch:
Account Number:
Full Name:

Jumpa anda di puncak kejayaan!

Tuesday, June 16, 2009

Harga istimewa untuk kengkawan???

Assalammualaikum pejuang2 DCL dan bakal pejuang2 DCL yang Haf hormati..

Tajuk "post" kali ini seringkali kita dengar tidak kira apa jenis perniagaan yang kita ceburi. Sebagai contoh, jika kita sebagai pengedar DCL yang ingin menarik ahli baru dengan promosi 2 bidadari 375ml bersama keahlian percuma RM149.. apa yang kerap kita dengar dari teman-teman mahupun ahli keluarga kita pastinya skrip lapuk ini..

"Kalau aku beli produk DCL ni tanpa jadi ahli tak de harga kengkawan ke??"
atau
"Bagi la aku harga ahli..bukannya orang lain.."
atau
"Hai..dengan adik beradik pun nak berkira harga juga?? Bagilah harga ahli.."
atau
"Ok, kalau aku beli dan sign up, kos penghantaran FOC ok?"


Inilah antara pertanyaan yang seringkali menghantui mana2 peniaga yang mahu mempromosikan barang dagangan atau menawarkan perkhidmatannya. Ada kalanya macam ugutan tak langsung pun iye juga. . :)

Pertanyaan beginilah yang amat berat sehingga adakalanya diluah mati emak, ditelan mati bapak.. Namun, kenyataannya.. inilah mentaliti kebanyakan bangsa kita iaitu orang melayu! Sebagai pengedar DCL yang baru bermula, untung runcit kita hanya 20%. Bagi yang susah dan baru hendak bertatih dalam dunia DCL, mereka ini banyak berkorban keringat, masa dan wang untuk membeli produk, ulang alik ke stokis, uruskan penghantaran sama ada melibatkan pos atau hantar sendiri semata2 nak jumpa downline dalam masa yang sama mahu memberi semangat untuk memantapkan diri dalam DCL..

Bagi yang barangnya perlu di pos, brapa untung yang mereka dapat? mereka RM32..bagi yg tak ada stokis, mereka berulang ke stokis atau BC atau HQ yang mana terdekat untuk dapatkan produk..kos minyak, tenaga dan masa mereka adakalanya tidak pernah orang fikirkan.. untuk pos 2 bidadari dan kit DCL sahaja dah menjangkau RM20, kotak RM3..brapa baki untung runcit mereka ini?? hanya rm9!! belum masuk kos minyak, tenaga dan masa mereka..

Apalah salahnya jika kita ada niat yang positif dalam menyokong kejayaan dan usaha pengedar2 DCL ini? Kita ini bangsa melayu! Harus teguh dan sepakat untuk membangun ekonomi ummah berdikari.. Besar sangat kah bayaran pos RM23?? Renung-renungkanlah perkara ini.. Topiknya seperti remeh tetapi hakikatnya??

DCL sendiri menggalakkan pengedar2nya beramal..bersedekah..serta menggalakkan konsep "The more you give, the more you get".. Dan itulah tunjang kekuatan pejuang2 DCL yang sentiasa bersemangat dalam melaksanakan misi memaju dan membangun ekonomi ummah berdikari.. Mereka tetap mengharungi walaupun berhadapan dengan beribu kerenah seperti ini..

Namun, mentaliti orang kita harus berubah!! Siapa lagi yang hendak menyokong bisnes sahabat atau ahli keluarga kalau bukan kita?? Jangan kita pandang mudah perkara ini.. Ayuh!! Mari kita bersama mengeratkan ukhwah dalam DCL!!

Sedikit teguran, bisnes adalah bisnes!! Jangan sesekali campur adukkan dengan pertalian keluarga atau kawan-kawan semata-mata untuk dapat harga kengkawan ni.. Fikirlah pengorbanan serta hargai usaha mereka yang berusaha gigih untuk berjaya!!

Sedikit tambahan coretan hari ini.. untuk update stok.. :)

Untuk sementara,

1. Q She 100 biji SOLD OUT!
2. Bidadari 375ml - 8 unit
3. Hygiene Wash Strawberry (Pencuci Wanita) - 3 unit
4. E Gnius 80tablet - 1 unit
5. D Gnius 200tablet - 3 unit

Segera daftar menjadi ahli DCL dan dapatkan produk di atas bersama harga promosi keahlian DCL!! Hubungi/sms Haf di talian +6019.288.5583! Rebut sekarang!!


Jumpa anda di puncak kejayaan!! DCL.. Lebih Adil, Lebih Sukses!!


Wednesday, June 10, 2009

Info Bengkel & Seminar Terbaru!

Salam pejuang2 DCL khususnya downline HafrazDCL..


Info berkenaan majlis ilmu yang digalakkan hadir bagi pejuang2 yang mahu memantapkan jualan dan kepimpinan serta ilmu produk.

Tarikh: 14 Jun 2009
Hari: Ahad
Tempat: BC Kajang, Prima Saujana
Masa: 9am - 5pm
Bayaran: RM40
Penceramah: CD Zhulhulaifah Shoukatt Ali

Tarikh: 27 Jun 2009
Hari: Sabtu
Tempat: HQ, Wisma DCL
Masa: 9am - 5pm
Bayaran: RM35
Penceramah: CD Zhulhulaifah Shoukatt Ali

Tarikh: 20 Jun 2009
Hari: Sabtu
Tempat: HQ, Wisma DCL
Masa: 9am - 5pm
Bayaran: RM35
Penceramah: CA Khalid Sabran

Kepada downline HafrazDCL sila ambil perhatian ya. Anda digalakkan untuk menyertai kursus ini. Kepada yang masih belum menjadi ahli DCL, anda juga boleh menyertai bagi melihat sendiri kehebatan produk DCL seterusnya bagaimana kami diajar dan dilatih untuk membina kejayaan di atas kejayaan orang lain secara beretika. :)

Kepentingan ILMU adalah tunjang untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Carilah ILMU yang baik untuk dimanfaatkan bersama.

Keistimewaan Apple Gold Set!

Salam pejuang2 DCL.

Sengaja Haf asingkan tentang keistimewaan Apple Gold Set ini di ruangan post yang berlainan. Ianya bertujuan memberi fokus untuk panduan dan keistimewaan produk baru kelahiran DCL ini.

Keistimewaan Apple Gold ini telah diterangkan oleh Puan Raharaziah Md Hassan pada malam Distributor Rally 10 Jun 09 di Wisma Sejarah Kuala Lumpur.

Set Apple Gold ini menggunakan teknologi nano di mana penggunaannya mampu menyerap 100% ke dalam kulit kerana patikel-patikelnya halus dan mampu menyerap dengan sempurna ke lapisan kulit. Set Apple Gold ini mengandungi rumpai laut, aloe vera, timun dan pelbagai herba mewah. Set ini mengandungi Apple Bar, Apple Facial Toner, Apple Moisturizer, Apple Night Cream dan Apple UV Cream.

Keistimewaan Set Apple Gold:
1. Membersih dan mengimbangi warna kulit & berupaya dalam membantu mencerahkan kulit
2. Produk ini memberi kelembapan pada kulit.
3. Membantu dalam mengecilkan pori-pori pada kulit wajah.
4. Bertindak sebagai agen pemutihan serta memudarkan masalah pigmentasi.
5. Sangat sesuai untuk perlindungan kulit baik lelaki atau wanita tambahan pula fenomena El Nino yang sangat panas dasawarsa ini ditambah dengan lapisan ozon yang makin menipis dan bocor di sana sini yang menyebabkan pancaran sinar UV.

Ianya sesuai untuk semua jenis kulit.

Promosi: Beli 2 Set Apple Gold dan anda layak untuk menghadiri kelas teknik facial serta mengetahui titik urutan pada wajah di Wisma DCL!

Boleh juga dijadikan hadiah kepada suami/isteri/keluarga/sahabat atau dijadikan hantaran! Produk yang dijamin kualitinya hanya daripada DCL!

Corat-Coret Majlis Distributor Rally 10 Jun 09

Assalammualaikum kepada pejuang2 DCL..

Pengisian sepanjang majlis Distributor Rally malam tadi tetap meriah dengan kehadiran Pengarah Pemasaran DCL yang juga merupakan Mantan CA iaitu Encik Azlan, walaupun ketiadaan Pengasas 1 Dato Stapa kerana beliau berada di Singapura untuk meneroka peluang perniagaan di sana. Biarpun begitu, ingatan beliau kepada pejuang-pejuang DCL tidak pernah lekang dan beliau telah menyampaikan salam takzimnya buat semua pejuang2 DCL yang hadir pada malam tadi.

Majlis diacarakan oleh En. Samsul Bahri iaitu Pengurus Pemasaran DCL dan dimulai dengan bacaan doa serta suntikan semangat melalui aura Lagu Impian DCL. Jangan kata mak dan ayah yang dah jadi pengedar DCL minat lagu ni malah juga si cilik kecil yang datang sama juga hafal lagu Impian DCL ni. Heheheh.. Hebat betul penangan lagu Impian DCL cetusan Dato Stapa..

Seterusnya penyampaian testimonial oleh Puan Rosnah Abd Aziz yang pernah mengalami masalah kemurungan akibat kehilangan anak sulungnya pada Dis 07. Beliau telah mengamalkan Amazing dan E brain untuk mengatasi masalah kemurungannya. Alhamdulillah, kini beliau semakin tabah dan tenang dalam mencapai impiannya.

Perkongsian testimonial kedua oleh bakal DD Farah, yang tampil menyerlah dengan penangan Q She yang menjadikan beliau semakin yakin dengan pengurangan berat badan. Kepada kaum wanita yang mementingkan kecantikkan, cubalah Q she secara konsisten. Anda akan merasai hasilnya sendiri! Jom saksikan apa yang dikatakan DD Farah..



(Sumber: downline hafrazdcl group - Thanks Shah! Siapa2 yang dari area UIA, Gombak, Pilah, berminat nak join DCL, boleh la berurusan dengan Shah ni..Shah ni la ni sampai tidur ingat DCL, makan ingat DCL, minum pun ingat DCL!! Hehehe..siap promo ni Shah!! )

Sedikit info, sepertimana yang kita tahu, dunia sekarang dihantui masalah virus H1N1. Virus ini mengandungi 5 DNA Khinzir, 2 DNA Burung dan 1 DNA manusia yang boleh membawa kepada kematian. Cara ikhtiar untuk menghindar diri daripada penyakit: Ambil 1 sudu Amazing dan 8 titik Nigella 2-3 hari sekali.

Buat lelaki yang cepat keletihan, amalkan 2 biji Rylex dan Kopi Guara untuk gaya hidup aktif dan hubungan mantap bersama isteri anda!

Majlis digamatkan dengan hentakan motivasi dari CD Zhulhulaifah Shoukatt Ali yang mana Haf pernah menghadiri kursus homeopati kelolaannya.. Memang banyak info! CD Effa (panggilan mesra) juga mengambil keputusan drastik untuk meletak jawatan sebagai pekerja bank untuk memberi fokus kepada DCL. Beliau menegaskan bahawa keyakinan diri harus ada untuk menjadi apa yang kita impikan. Untuk post akan datang, Haf akan upload info tentang seminar2 yang bagus untuk pejuang2 DCL (downline saya terutamanya yekkk!! Sila ambil perhatian!!).

Akhir sekali ingatan buat pejuang2 DCL supaya tidak mencantas pengedar lain dan PV serta under cutting harga barangan produk DCL oleh Pengarah Pengurusan DCL, En. Azlan. En. Azlan juga menyampaikan pin buat pelayak Emerald Manager bagi kawasan Lembah Klang. Tahniah kepada pelayak EM! :)

Tuesday, June 9, 2009

Duta DCL

DCL kini semakin gagah dengan 2 Duta DCL iaitu Arash Mohd dan Mawi. Lihat aksi mereka yang juga teruja dengan kehebatan dan mengagumi produk DCL!

Gambar dari sumber Galeri DCL.









Pengumuman!

Pengumuman daripada HQ.

Red Guara Cafe 16 sachets (kotak) telah dihentikan pengeluarannya dan serahan jualan yang melibatkan Red Guara Cafe 16 sachets (kotak) akan digantikan dengan Red Guara Cafe 18 sachets (Pek Aluminium) mengikut nilai yang sepadan.

Ini bermakna, pengedar-pengedar dan pusat-pusat jualan dinasihatkan menggantikan belian Red Guara Cafe (kotak) kepada Red Guara Cafe (Pek Aluminium).

Harap Maklum!

Apple Gold

Assalammualaikum kepada sahabat merangkap pejuang2 setia DCL..

Apa khabar pejuang2 DCL semua? Semoga anda bertambah sukses dalam DCL. Oh ya, semalam petang Hafraz sempat ke HQ untuk tebus Apple Gold + Q She 100biji + Bidadari 375ml hanya dengan harga RM198.00 sahaja! Hmm.. cantik box dan botol krim Apple Gold ni.. Nak tengok?? Hehehe.. tu dia... jeng..jeng..jeng..





Set Apple Gold ni mengandungi Apple Facial Toner, Apple Bar, Apple Night Cream, Apple Moisturizer, dan Apple UV Cream. Semalam juga Hafraz dah guna sabun Apple Bar ni.. Memang kulit rasa lebih halus dan gebu.. Juga sesuai sangat untuk dijadikan hadiah istimewa buat isteri, sahabat istimewa juga sebagai hantaran perkahwinan! Bagi yang berminat, boleh call Hafraz +6019.288.5583 Tak rugi join DCL, banyak keistimewaannya! Sentiasa juga menerapkan konsep "MORE U GIVE, THE MORE U GET".. Semoga usaha pejuang2 DCL diberkati Allah SWT.

p/s: Malam ini jangan lupa, sahabat pejuang DCL terutama dibawah rangkaian HafrazDCL dijemput beramai2 memeriahkan acara Distributor Rally di Wisma Sejarah Kuala Lumpur! Jumpa di sanaaaaa!!