Showing posts with label pengedar dcl. Show all posts
Showing posts with label pengedar dcl. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

Corat-coret di Regional Rally

Alhamdulillah, semalam Haf menghadiri Majlis Regional Rally utk zon Lembah Klang. Ramai betul yg hadir. Sebelum Dato Stapa Hj Omar berucap, DCL telah mengundang penggiat PEWANIS (Pertubuhan Wanita Islam) iaitu Dr. Aishah utk memberi sedikit taklimat berkenaan Kanser Pangkal Rahim / Cervical Cancer. Beliau memberi penerangan bagaimana virus HPV yg boleh meragut nyawa.

Ahli DCL yg berminat utk mengambil dos suntikan vaksin dgn Dr Aishah cuma RM550 sahaja. Berbanding RM1000++ ke atas harga pasaran. Setiap RM30 akan disalurkan ke PEWANIS.

Kita juga disarankan utk menjaga kebersihan diri, elakkan obesiti, merokok utk mencegah diri drp jangkitan HPV ini. So, kepada wanita2/remaja2 di luar sana. Amalkan penggunaan Love Hygine Wash (Pencuci Wanita) dan juga Bidadari krn dlm bidadari keluaran DCL ini mempunyai anti-oksida yg mampu mencegah virus HPV ini.

Selesai, Dato Stapa menyampaikan plak, pin & sijil kepada pelayak2 Pearl Director pada malam itu. Tahniah kepada pelayak2 yg berjaya. 

Tuesday, November 17, 2009

Produk Apple Gold kini dijual berasingan!

Salam semua..

Kini, produk Apple Gold boleh dibeli secara berasingan. Haf pun tertunggu2 juga sbb toner Apple Gold dah habis dipakai.. :) Harga untuk produk Apple Gold seperti di bawah:

1. Set Apple Gold 5 in 1 (UV Cream, Night Cream, Moisturiser, Apple Bar & Toner) 
CP: WM: RM 398.00 / WM: RM428.00
DP: WM: RM 328.00 / WM: RM 358.00
PV: 200

2. Apple Facial Toner
CP: WM: RM 48.00 / WM: RM 52.00
DP: WM: RM 39.50 / WM: RM 42.50
PV: 23

3. Apple Moisturizer
CP: WM: RM 108.00 / WM: RM116.00
DP: WM: RM 89.00 / WM: RM 96.00
PV: 53

4. Apple UV Cream
CP: WM: RM 108.00 / WM: RM116.00
DP: WM: RM 89.00 / WM: RM 96.00
PV: 53

5. Apple Night Cream
CP: WM: RM 119.00 / WM: RM126.00
DP: WM: RM 98.00 / WM: RM 105.00
PV: 58

6. Apple Facial Scrub
CP: WM: RM 78.00 / WM: RM83.00
DP: WM: RM 64.00 / WM: RM 68.50
PV: 38

7. Apple Bar
CP: WM: RM 32.00 / WM: RM35.00
DP: WM: RM 26.50 / WM: RM 29.00
PV: 16

So, sekarang x de lah pening kepala nak beli satu set bagi mereka yg kurang mampu.. Untuk membeli sila hubungi Haf 019.288.5583. 




Tuesday, November 10, 2009

Produk Baru DCL


DCL kini tampil dengan produk-produk baru! Dapatkannya sekarang! Untuk belian, sila hubungi Haf di 019.288.5583. Kos penghantaran ditanggung pembeli. Harap maklum.

Jualan Istimewa!!


Pembungkusan lama Susu Koles-Gen versi Mawi perlu dihabiskan dalam tempoh segera berdasarkan kontrak yang termaktub. Dapatkan Susu Kolen-Gen pada harga seperti di bawah:

Beli 1 unit Susu Koles-Gen pada harga biasa, anda layak membeli unit yang ke 2 hanya pada harga berikut:

CP: WM:RM 48.00 / EM: RM53.00
CP: WM:RM 98.00 / EM: RM103.00 (Harga Biasa) 

p/s: Sementara stok masih ada

Monday, November 9, 2009

Regional Rally DCL - Nov 09

Salam kepada semua.

Info untuk dikongsikan bersama. Jom kita sama2 memeriahkan majlis Regional Rally Nov 09. Butiran seperti berikut:

Tarikh: 24 Nov 2009
Hari: Selasa
Tempat: Wisma Sejarah, KL
Masa: 9:00pm - 10:30pm


Bersama dengan Pengasas 1 DCL, Dato Stapa Hj. Omar. Jumpa di sanaaaaaaaaaa!! :)

Thursday, June 25, 2009

Regional Rally - 24 Jun 2009

Assalammualaikum pengunjung2 setia blog HafrazDCL..

Mengulas aktiviti pada Rabu malam 24/06/2009 bertempat di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, Haf berkesempatan ke Majlis Penganugerahan Pearl Director bagi Zon Lembah Klang. Memang hangat dan meriah!! Lebih2 lagi diserikan dengan persembahan Dikir Barat Kumpulan Samudera, dihadiri barisan pemimpin2 DCL terutamanya Pengasas 1 dan Pengasas 2 yang amat dikasihi; Dato Stapa dan Dato' Azlina, seterusnya pejuang2 DCL.

Selesai persembahan dikir barat, diikuti penyampaian lagu penuh aura Impian DCL, majlis diteruskan dengan sedikit perkongsian pengalaman oleh pelayak Pearl Director Pn Norfadzilah Abd Samad dan penyampaian anugerah kepada pelayak2 Pearl Director oleh Pengasas 1 DCL Dato Stapa dan sesi bergambar bersama barisan pelayak Pearl Director.

Majlis diserikan juga dengan kehadiran Bapak Dudi Supriadi iaitu Regional Trainer daripada ESQ Training Centre. Haf akan ulaskan dalam pos akan datang untuk berkongsi apa yang Haf perolehi sepanjang mendengar motivasi hebat daripada Bapak Dudi Supriadi.

Seterusnya, sambungan penyampaian anugerah bagi pelayak Pearl Director disampaikan pula oleh Dato Azlina Che Abdullah dan diikuti penyampaian sedikit pengumuman produk baru oleh Dato Stapa selaku Pengasas 1 DCL. Antara produk baru keluaran DCL ialah AeroGuara, Apple Gold Set, Foundation, Lipstik 5 warna, Diaber Herb, Girdle, Putra Love Lotion, Putri Love Powder, Minyak Sintetik dan Aduka. Haf akan mendapatkan info bagi perkongsian semua secepat yang mungkin ya.. Nantikan kemunculannya!!

Paling hangat malam semalam, Haf telah memenangi dua cabutan bertuah, manakala downline Haf, Pn. Habibah juga berjaya mendapat cabutan bertuah beripa Stokin Bio-Energy DCL.. :)
Haf juga berkesempatan bersalam dengan Dato Azlina Che Abdullah juga bergambar bersama kedua-dua pengasas yang dikagumi ini..

 











Monday, June 22, 2009

Bersama Membangun Ekonomi Ummah Berdikari

Assalammualaikum sahabat dan pengunjung setia blog HafrazDCL..

Salam perjuangan daripada Haf.. :)

Sambungan daripada seminar 5M, Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Kemiskinan hampir-hampir membawa kepada kekufuran" - Riwayat Abu Daud


Bagi menbangun dan menjana ekonomi ummah berdikari, adakah kita sudah siap sedia untuk berubah?? Adakah kita masih lagi hendak menaja seorang sahaja setiap bulan?? Atau datang mesyuarat dan perjumpaan 2 bulan sekali atau tidak hadir langsung??

Sebagai perkongsian bersama, sedarlah sahabat dan pejuang2 DCL semua.. Bangsa kita sudah TENAT.. marilah kita bingkas membangun dan memartabat bangsa Melayu kita, sekaligus memartabatkan agama Islam dan negara! Bangunlah!! Sedarlah!! Ekonomi bangsa Melayu kita TENAT!! Budaya kita dah TENAT!! Bahasa kita dah TENAT!! Anak bangsa kita sudah TENAT!! Rempit, dadah, gejala sosial yang merosak peribadi ummah berkualiti!!

Apa akan jadi kepada generasi akan datang?? Anak-anak kita?? Cucu-cucu kita?? Jika kita masih alpa dan tidak mahu berubah, kita akan lihat anak bangsa kita akan merempat di negara sendiri!! Dasar ekonomi baru juga tidak akan berjaya sekiranya kita tidak bersatu hati membangun ekonomi ummah berdikari!

Serampang dua mata DEB antaranya adalah MEMBASMI KEMISKINAN. Namun sehingga kini hanya 18% sahaja ekuiti orang Melayu iaitu 12% drpd sektor korporat spt PNB, Tabung Haji, Takaful dan Bank Islam manakala 6% lagi dr golongan individu.

Bayangkanlah satu rumah, berapa besar bahagian 18% daripada besar sebuah rumah? Hanya lebih kurang besar bilik air!! Jika diperhatikan peratusan 6% pula?? Ianya tidak ubah seperti tandas besarnya!! Bila ekonomi kita akan terus diperkasa? Kita bertanggungjawab ke arah membangun dan memperkasa ekonomi ummah!!

Justeru itu, rancanglah masa depan kita dengan membantu dan menyertai pejuang2 DCL.. Kini DCL telah melahirkan 36 jutawan Melayu Islam Bumiputera!!

(Firman Allah dalam Surah Al-Qashash: 77)
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat, dan janganlah kamu lupakan kebahagiaanmu (kenikmatan) duniawi"


Kita harus mengimbangi dunia dan akhirat.. Kerana itu, DCL sentiasa menggalakkan sedekah dan amal jariah dalam setiap jualan produk. Semoga pejuang2 DCL terus meluncur gagah di arena MLM sehingga ke peringkat global!

p/s: Berikut adalah perangkaan kajian yang dibuat apabila usia mencecah 65tahun.

5% - Masih bekerja
54% - Bergantung hidup atas belas ehsan orang lain (Harap anak/rumah kebajikan)
36% - Meninggal dunia
4% - Bebas dari masalah kewangan
1% - Kaya-raya


Renung2kanlah..

Tuesday, June 16, 2009

Harga istimewa untuk kengkawan???

Assalammualaikum pejuang2 DCL dan bakal pejuang2 DCL yang Haf hormati..

Tajuk "post" kali ini seringkali kita dengar tidak kira apa jenis perniagaan yang kita ceburi. Sebagai contoh, jika kita sebagai pengedar DCL yang ingin menarik ahli baru dengan promosi 2 bidadari 375ml bersama keahlian percuma RM149.. apa yang kerap kita dengar dari teman-teman mahupun ahli keluarga kita pastinya skrip lapuk ini..

"Kalau aku beli produk DCL ni tanpa jadi ahli tak de harga kengkawan ke??"
atau
"Bagi la aku harga ahli..bukannya orang lain.."
atau
"Hai..dengan adik beradik pun nak berkira harga juga?? Bagilah harga ahli.."
atau
"Ok, kalau aku beli dan sign up, kos penghantaran FOC ok?"


Inilah antara pertanyaan yang seringkali menghantui mana2 peniaga yang mahu mempromosikan barang dagangan atau menawarkan perkhidmatannya. Ada kalanya macam ugutan tak langsung pun iye juga. . :)

Pertanyaan beginilah yang amat berat sehingga adakalanya diluah mati emak, ditelan mati bapak.. Namun, kenyataannya.. inilah mentaliti kebanyakan bangsa kita iaitu orang melayu! Sebagai pengedar DCL yang baru bermula, untung runcit kita hanya 20%. Bagi yang susah dan baru hendak bertatih dalam dunia DCL, mereka ini banyak berkorban keringat, masa dan wang untuk membeli produk, ulang alik ke stokis, uruskan penghantaran sama ada melibatkan pos atau hantar sendiri semata2 nak jumpa downline dalam masa yang sama mahu memberi semangat untuk memantapkan diri dalam DCL..

Bagi yang barangnya perlu di pos, brapa untung yang mereka dapat? mereka RM32..bagi yg tak ada stokis, mereka berulang ke stokis atau BC atau HQ yang mana terdekat untuk dapatkan produk..kos minyak, tenaga dan masa mereka adakalanya tidak pernah orang fikirkan.. untuk pos 2 bidadari dan kit DCL sahaja dah menjangkau RM20, kotak RM3..brapa baki untung runcit mereka ini?? hanya rm9!! belum masuk kos minyak, tenaga dan masa mereka..

Apalah salahnya jika kita ada niat yang positif dalam menyokong kejayaan dan usaha pengedar2 DCL ini? Kita ini bangsa melayu! Harus teguh dan sepakat untuk membangun ekonomi ummah berdikari.. Besar sangat kah bayaran pos RM23?? Renung-renungkanlah perkara ini.. Topiknya seperti remeh tetapi hakikatnya??

DCL sendiri menggalakkan pengedar2nya beramal..bersedekah..serta menggalakkan konsep "The more you give, the more you get".. Dan itulah tunjang kekuatan pejuang2 DCL yang sentiasa bersemangat dalam melaksanakan misi memaju dan membangun ekonomi ummah berdikari.. Mereka tetap mengharungi walaupun berhadapan dengan beribu kerenah seperti ini..

Namun, mentaliti orang kita harus berubah!! Siapa lagi yang hendak menyokong bisnes sahabat atau ahli keluarga kalau bukan kita?? Jangan kita pandang mudah perkara ini.. Ayuh!! Mari kita bersama mengeratkan ukhwah dalam DCL!!

Sedikit teguran, bisnes adalah bisnes!! Jangan sesekali campur adukkan dengan pertalian keluarga atau kawan-kawan semata-mata untuk dapat harga kengkawan ni.. Fikirlah pengorbanan serta hargai usaha mereka yang berusaha gigih untuk berjaya!!

Sedikit tambahan coretan hari ini.. untuk update stok.. :)

Untuk sementara,

1. Q She 100 biji SOLD OUT!
2. Bidadari 375ml - 8 unit
3. Hygiene Wash Strawberry (Pencuci Wanita) - 3 unit
4. E Gnius 80tablet - 1 unit
5. D Gnius 200tablet - 3 unit

Segera daftar menjadi ahli DCL dan dapatkan produk di atas bersama harga promosi keahlian DCL!! Hubungi/sms Haf di talian +6019.288.5583! Rebut sekarang!!


Jumpa anda di puncak kejayaan!! DCL.. Lebih Adil, Lebih Sukses!!


Sunday, June 7, 2009

Distributor Rally Lembah Klang Mei 09

Assalammualaikum wbth..

Hari: Rabu
Tarikh: 27/5/09
Masa: 8.00 pm
Tempat: Wisma Sejarah Kuala Lumpur
Acara: Distributor Rally

Malam ini Hafraz sempatlah bertemu sahabat-sahabat merangkap pejuang-pejuang DCL. Seperti biasa, pejuang-pejuang DCL yang hadir tidak lupa untuk membeli kupon-kupon untuk cabutan bertuah! Kalau tak menang pun masih boleh menebus barangan DCL yang tentunya ada umppphhh!!

Acara malam seperti biasa, dimulakan dengan laungan membara yang menyemarak aura pejuang-pejuang DCL.. tak lain tak bukan iaitu lagu IMPIAN DCL!! Diikuti luahan testimonial oleh Emerald Manager Pn. Zamiah Johari tentang kehebatan Q She dan Bidadari diikuti Emerald Manager Pn Fauziah Harun tentang Nigella.

Majlis juga diserikan lagi dengan tetamu istimewa daripada ESQ Training Centre iaitu En. Arief Rahman Saleh (Trainer for Region Malaysia/S'pore/Brunei). Banyak info berguna yang dititipkan oleh Pak Arief ini. Beliau juga menekankan bahawa: " Barang siapa yang menginginkan kejayaan dunia, hendaklah dia menuntut ILMU, Barang siapa yang menginginkan kejayaan akhirat, hendaklah dia menuntut ILMU, Barang siapa yang menginginkan kedua-dua kejayaan dunia dan akhirat, hendaklah dia menuntut ILMU" Berdasarkan sabda Rasulullah saw ini, amatlah jelas tentang kepentingan ILMU.

Dilihat dari sudut MLM, DCL khasnya, seseorang pengedar yang mahu berjaya hendaklah ia menuntut ILMU yakni pengetahuan produk bagi memastikan pengguna menikmati keberkesanan produk secara optimum. Sedikit huraian yang dikongsikan oleh Pak Arief adalah berkenaan ESQ Way 165:

1. Mission Statement iaitu impian yang kuat untuk berjaya dalam DCL
2. Character building yakni menerapkan sifat dan sikap jujur, amanah, berdisiplin dan yang sewaktu dengannya.
3. Self Confidence iaitu harus bijak mengawal diri, sentiasa mencari ilmu melalui mesyuarat, seminar dan kursus2 yang dianjurkan DCL.
4. Collaboration iaitu harus ada kerjasama antara pejuang-pejuang DCL.
5. Action iaitu HARUS BERTINDAK bukan duduk, dengar dan lihat sahaja tetapi harus mempraktikkan ILMU yang diperoleh untuk menerapkan prinsip yang diasaskan oleh pengasas DCL 1 dan 2 yakni membina kejayaan di atas kejayaan orang lain.

Kesimpulan yang dapat Hafraz ulaskan di sini, untuk berjaya dan menemui kebahagiaan yang sejati, kita harus menyatukan TIGA MOTIVASI dalam keinginan manusia mencari siapa diri kita yang sebenarnya, iaitu IQ (dari segi wang, fizikal dan pengetahuan produk DCL) yang melengkapi pertanyaan "What do I think?". yang keduanya EQ (Berkaitan sosial yang harus menjawab pertanyaan "What do I feel?" dan yang ketiganya ialah SQ (Berkaitan spiritual yang harus menjawab pertanyaan "Who am I?" juga dikenali sebagai God Spot.

Hafraz dan pejuang-pejuang DCL yang menghadirkan diri untuk sesi Distributor Rally pada kali ini telah dibawa ke satu dimensi baru seiring perjalanan kami untuk menjadi pejuang hebat DCL. Sekali lagi pejuang-pejuang DCL diterapkan dengan "God Spot" iaitu apa yang mendorong manusia melakukan sesuatu, untuk apa manusia dijadikan seperti firman Allah "Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu". Inilah yang selalu manusia alpa.

Untuk menjawab pertanyaan "Who am I?", we need a spiritual experiances!! Bagaimana?? Ia tidak boleh diajar tetapi harus dicari melalui sebuah pengalaman. Konklusinya, pejuang-pejuang DCL harus berfikir dan mencari Tuhannya dan dengan kesedaran serta kepercayaanlah ia menjadi kekuatan dalam diri.

Justeru itu, kepada sahabat pejuang DCL di bawah rangkaian Hafraz DCL, pesanan motivasi ini Hafraz kongsikan bukan untuk anda sahaja, tetapi juga untuk Hafraz yang seringkalo khilaf..renung2kanlah.. Pernahkah kita berfikir siapa diri kita sebenarnya? Jika kita telah mati, semuanya tidak berguna lagi.

Selesai sesi motivasi hebat, Dato Stapa menyampaikan pin kepada pelayak-pelayak Emerald Manager seterusnya memberikan ucapan hebat bagi menyemarakkan lagi semangat pejuang-pejuang DCL dalam membina ekonomi ummah berdikari.

Tahniah kepada pelayak-pelayak Emerald Manager kali ini.. Serba sedikit gambar yang sempat Hafraz rakamkan pada malam ini..




Sekian dulu untuk kali ini..

DCL, LEBIH ADIL LEBIH SUKSES!

Bidadari Terus Menjadi Igauan Wanita..

Assalammualaikum wbth..

Lama betul rasanya Hafraz tak sempat nak update aktiviti-aktiviti yang Hafraz join dengan DCL.. maklumlah, asyik benar mempromosi Bidadari dengan Q She lebih-lebih lagi sempena musim-musim orang nak kahwin ni.. hehe..

Baru-baru ini sahabat sebilik Hafraz semasa di UUM ada singgah ke rumah. Sahabat Hafraz ini baru sahaja mendirikan rumah tangga, baru posting di N9.. Dia cerita kata selalu letih..Apalagi saya unjuk la BIDADARI! Lepas pekena BIDADARI DCL, mak aihhh.. hari-hari dia sms Hafraz kata Bidadari DCL ni bagus, malah memberi tenaga! Terus sign up jadi ahli! Hehehe..

La ni promosi untuk menjadi ahli DCL masih berjalan untuk 2 Botol Bidadari 375ml dengan kit keahlian hanya RM149.00 SAHAJA! Rugilah kalau masih ada yang berkira untuk kesihatan diri. SEGERA hubungi atau kalau malu sesangat boleh SMS Hafraz di 019.288.5583 atau yang mana jauh boleh tengok senarai downline Hafraz DCL untuk jadi ahli ikut kawasan. Kalau tak ada senarai kawasan, jadilah yang pertama dalam rangkaian HafrazDCL untuk kawasan anda ya..!

Anda yang mendaftar di bawah rangkaian Hafraz DCL boleh mengemukakan ym anda untuk dimasukkan ke ruangan blog bagi melayani pelanggan-pelanggan mahupun pengunjung yang berminat untuk mengetahui tentang DCL terus kepada anda!

Insyaallah, Hafraz akan cuba sedaya upaya memberikan info terkini termasuklah aktiviti2 yang dianjurkan DCL. Rajin-rajinlah melawat blog Hafraz DCL ok.. Salam jumpa lagi..

DCL.. LEBIH ADIL, LEBIH SUKSES!

Friday, February 27, 2009

DCL Satu Pilihan Yang TEPAT

Jangan pandang mudah apabila anda sampai ke blog ini. Ianya PELUANG berharga untuk ANDA. Dalam hidup, peluang hanya datang SEKALI SEUMUR HIDUP, jika bernasib baik mungkin peluang akan datang dua tiga kali seumur hidup atau lebih MALANG sekali peluang tidak muncul langsung!

Berhenti sejenak, lihat apakah peluang yang ada didalamnya. Anda musykil? No talian juga disediakan untuk bertanya. Emel juga ada untuk mengajukan soalan. Ruang Chat dan YM juga ada untuk bertanya lanjut. :)

Ambil peluang untuk mengetahui dan memahami Pelan Pemasaran DCL yang HEBAT! Cuba dan amalkan produk DCL yang terbukti dan diakui kehebatannya. Berkualiti, Halal, Berpatutan dan Tiada Kesan Sampingan! De Classic Life (DCL) juga menekankan konsep AMAL JARIAH iaitu Tabung Kebajikan Rakan Niaga & Tabung Kebajikan DCL. De Classic Life (DCL) memperuntukkan 0.25% dari nilai jualan syarikat untuk TUJUAN KEBAJIKAN DAN MENINGKATKAN SYIAR AGAMA! Anda sertai kami, dalam masa yang sama boleh beramal.

Anda tak tahu macam mana nak mulakan? Daftar dengan HafrazDCL hari ini juga!!

Gunakan kuasa pilihan yang ANDA ada untuk membuat pilihan yang tepat!
BUAT PILIHAN YANG BETUL
BUAT CARA BETUL
BUAT BETUL-BETUL


Anda masih rasa sukar? Jangan berfikiran NEGATIF. Orang BERJAYA mempunyai TABIAT yang POSITIF! Berhati-hati dengan kata-kata ANDA! Melalui kata-kata, ia akan menjadi TABIAT! Di sini dititipkan beberapa tips bagi ANDA merebut PELUANG ini!!

1. Pelajar-pelajar IPT.
De Classic Life mempunyai produk minda E Gnius untuk membantu kecemerlangan akademik anda! Produk berasaskan homeopati ini tidak lebih dr RM50 pun! Saya percaya, nilai top up telefon anda juga pasti lebih dari ini!! Iya kan?? Jadi mengapa tidak mencuba produk minda berkualiti yang mampu membantu kecemerlangan akademik anda? Cuba amalkan 3 bulan dengan berdisiplin! Rahsia kejayaan itu boleh dikongsi dengan rakan-rakan lain di kolej/asrama di IPT sambil membuka keahlian hanya RM50 SAHAJA!! Anda cuba!! Buktikan Anda ada perubahan dengan E Gnius!

Kita juga dalam usaha memboikot barangan ISRAEL dan sekutunya. Kenapa kita tidak menyokong barangan tempatan? De Classic Life mempunyai Shower Scrub, Hygiene Wash untuk remaja perempuan & wanita, sabun muka d laila dan juga Sabun Basuh SA9! Jadi anda boleh menggalakkan rakan-rakan anda sama-sama menjadi ahli DCL bagi mendapatkan harga ahli. Mudah bukan?

Jika anda masih ada alasan bermakna anda akan gagal. INGAT!! ORANG GAGAL MENCARI ALASAN, ORANG BERJAYA MENCARI CARA!

2. Bloggers
Kepada yang gemar berblogging, ini juga peluang anda..sambil berblogging anda juga boleh sama-sama memperjuangkan DCL melalui blog anda dengan bertukar-tukar link atau banner exchange. Cuba produk De Classic Life. Rasai perubahannya. Anda tidak rugi jika anda sihat & cantik dengan produk De Classic Life (DCL). Ini satu lagi cabang untuk menambah pendapatan secara online. Daftar SEGERA HARI INI! Nama anda turut akan dipaparkan dalam blog ini mengikut kawasan yang anda wakili!! Jika ada yang berminat, mereka akan terus menghubungi dan mendaftar bersama anda! Apa tunggu lagi?? Daftar dengan hafrazDCL sekarang!!

3. Gomen/Private
Sekarang sedang gawat, semuanya akan jadi gawat. Namun DCL tidak mudah terjejas kerana kegawatan ekonomi. Modalnya kecil, untungnya besar. Anda menjadi BOS sendiri. Pendapatan tiada had, malah sama-sama membantu orang lain! Bukankah ia kerja mulia??

Kawan-kawan di ofis pasti ramai. Anda cuba produk ini seperti Red Guara Cafe! Bagi yang ada pantry di ofis, boleh letakkan 1/2 aluminium pack dalam almari ofis. Pagi-pagi masa sarapan boleh bancuh red guara cafe yang memberi anda tenaga, tidak mudah letih atau mengantuk! Jangan kedekut. Bancuhlah dua-tiga paket untuk rakan-rakan anda rasa. Mereka pasti akan rasa perbezaannya. Tarik perhatian mereka dengan cara yang hikmah. Paling tidak pun mereka akan membeli dengan anda! Boikot produk ISrael seperti keluaran Nestle spt (Kopi, Milo)!! Jangan hanya cakap nak boikot tapi masih terus beli produk Israel dan sekutunya! :)

4. Ibu Bapa / surirumah
Sayangi anak-anak anda..berikat mereka yang terbaik. D Gnius untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, manakala E Gnius untuk atas 12 tahun! Ia membantu perkembangan minda anak-anak anda! Untuk hubungan suami isteri, boleh cuba produk paling hangat di pasaran iaitu Bidadari dan Q She untuk isteri, manakala Red Guara Cafe sesuai untuk seluruh keluarga. Tukar sabun mandi kepada shower scrub, sabun baju ke SA9 umpamanya. Tawan hati jiran anda dengan minuman red guara cafe apabila mereka bertandang. Hakikatnya anda perlu mencuba dulu dan merasakan perubahannya! Lebih mudah untuk anda berkongsi pengalaman! Ianya memang menarik!!

5. Guru-Guru /guru tuisyen
Berbalik kepada produk D Gnius & E Gnius, guru-guru boleh menarik perhatian anak murid atau ibu bapanya dengan produk ini. Jika ibu bapa melihat perubahan kepada anak mereka, pasti mereka mahu menjadi ahli untuk mendapatkan produk minda DCL pada harga ahli secara berterusan!!

Ini sedikit tips dari hafrazDCL! Untuk lebih lagi, jom daftar SEGERA DI SINI!!

Hafraz +6019.288.5583
YM: hafiza81@yahoo.com
YM: azifah_engineer@yahoo.com

Friday, February 13, 2009

Tenaga Batin Wanita


click to create your own


Masalah tenaga batin wanita:

Bagaimana produk DCL membantu anda dalam masalah ini?
1. Bidadari - Adunan kacip fatimah, kacip serapat, jarum emas, kurma dan lain-lain akan meningkatkan keghairahan sekaligus memberi keupayaan tenaga seksual serta menambah kenikmatan hubungan suami isteri. Produk paling laris di kalangan para isteri!!
2. Q-She - Adunan Lobata (Puerirea Mirifica) yang menambah tenaga wanita dan sekaligus meningkatkan rasa nikmat hubungan kelamin.

Cara guna:
1. Bidadari - Minum 2 sudu makan plastik 2 kali sehari, pagi dan malam.
2. Q-She - Makan 2-3kapsul sekali makan. Malam SAHAJA.

Tawan hati suami anda di ranjang.. Suami pasti teruja!!

Set A: RM125.00
Bidadari 250ml 1 botol + Q-She 42kapsul x 400mg + Kurier

Set B: RM175.00
Bidadari 250ml 1 botol + Q-She 42kapsul x 400mg + Kit Ahli DCL + Kurier

Call/SMS Hafraz +6019.288.5583

Thursday, February 12, 2009

Resdung

Penyakit: Resdung

Bagaimana produk DCL menjadi mekanisma ke arah kesihatan yang baik:
Dengan menggunakan Set Asas 5P
1. Inte-Cleanse - Pencucian usus membantu menyingkirkan kotoran lama dan baru di usus, membantu menghasilkan darah yang bersih, bebas dari asid berlebihan.
2. Ry-ilex - Melalui pembakaran kolestrol, meningkatkan lagi pencucian darah serta mengurangkan darjah keasidan darah.
3. Amazing - Penggunaan Amazing meningkatkan pembinaan tisu-tisu baru khususnya rawan tulang yang menghasilkan bendalir sinovia.
4. Oxy Pi D'ionik - pH air yang bersifat alkali, membantu mengimbangi keasidan dalam darah.
5. E-Gnius - Garam-garam tisu yang terdapat dalam E-Gnius meningkatkan potensi otak yang mengawal aktiviti penimbunan asid urik dalam darah.
6. Nig'ella - Pati minyak Habbatusauda perahan sejuk ini mampu menguraikan asid urik yang berlebihan yang boleh melekat pada sesendi, disamping bertindak sebagai antibiotik.

Cara guna:
1. Inte-Cleanse - Makan 4 biji sebelum tidur
2. Ry-ilex - Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. Sebaiknya diambil selepas makan kerana akan mengurangkan kesan tindak balas.
3. Amazing - Amalkan 2 sudu teh 2 kali sehari dalam keadaan perut kosong.
4. Oxy-Pi D'ionik - Minum sekurang-kurangnya 10gelas sehari.
5. E-Gnius - Kema, 2 tablet dengan kadar 2-3 kali sehari. (Puasa setengah jam selepas pengambilan)
6. Nig'ella - Titiskan 5-7 titik ke dalam mulut 2 kali sehari. Selepas titik sebaik-baiknya minum segelas Oxy Pi D'ionik dicampur 2 sudu Amazing.

Amalkan secara berdisiplin. Insyaallah.

Bagi mereka yang mengalami masalah resdung, harga set 5P dan Nigella adalah seperti berikut:

Pakej A: Set 5P - RM299.00
Inte-Cleanse 20kapsul x 500gm -2 pek + Ry-ilex 40kapsul x 500mg - 2 pek + Amazing 290gm + Oxy Pi D'ionik (24botol x 350ml) + E Gnius 90 tablet + Kurier + Free Keahlian + Kit DCL

Pakej B: RM340.00
Inte-Cleanse 20kapsul x 500gm -2 pek + Ry-ilex 40kapsul x 500mg - 2 pek + Amazing 290gm + Oxy Pi D'ionik (24botol x 350ml) + E Gnius 90 tablet + Nig'ella 10ml + Kurier + Free Keahlian + Kit DCL

Tempahan:
Hafraz +6019.288.5583
Pembayaran penuh harus dilakukan ke CIMB 14020185079523 atas nama Hafiza Mohd Razally, sms butiran bayaran, pakej tempahan yang dipilih ke Hafraz +6019.288.5583

Migrain

Penyakit: Migrain
Migrain berlaku apabila saluran darah di otak tidak mengalami keanjalan menyebabkan darah tidak sampai ke otak pada masa yang sepatutnya menyebabkan kesakitan pada bahagian tersebut.

Bagaimana produk DCL menjadi mekanisma:
1. Red Guara Cafe
Ekstrak guarana di dalam ramuan Red Guara akan meningkatkan keupayaan darah membawa oksigen ke sel-sel otak dan sekaligus mengatasi masalah kekurangan oksigen yang menyebabkan migrain.

Yis Beras Merah di dalam Red Guara pula menganjalkan saluran darah bagi membolehkan pengaliran darah terus ke otak tanpa apa-apa sekatan.

2. Oxy- Pi D'ionik
Menambah bekalan oksigen terlarut ke sel otak. Air alkali ini juga mampu mengimbangi kesan asidik melampau yang menyebabkan migrain.

Cara Guna:
1. Red Guara - Minum 3-4 kali sehari
2. Oxy-Pi D'ionik - Minum sekurang-kurangnya 8gelas sehari

Sekolah Latihan DCL


Visi dan Misi DCL

Visi DCL:
  • Membina pasaran global
  • Membina pengedar (usahawan) supaya mencapai kebebasan kewangan dan menjadi jutawan
  • Menjadi pengedar (pengeluar) produk alternatif yang akan memberi sumbangan yang besar terhadap masalah kesihatan dan kecantikan sejagat tanpa memberi risiko atau kesan sampingan terhadap pengguna dengan harga yang berpatutan
  • Penyenaraian Bursa Saham
Misi DCL:
  • Menyediakan wadah perjuangan untuk merealisasikan impian pengedar
  • Mewujudkan pelan pemasaran yang UNIK, mudah dan menguntungkan
  • Menghasilkan produk alternatif berkualiti, berbeza daripada pesaing
  • Komitmen pemasaran yang tinggi (EFEKTIF SERVIS) terhadap rakan niaga dan memberi latihan yang sistematik bagi mencapai objektif syarikat
  • Membina rakan niaga yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan mampu bersaing di pasaran global

Wednesday, February 4, 2009

OXY Pi D'ionik Water Treatment



The finding of world best pure alcalised and antioxidant water sources at home:

We all know that water is essential yo life. But most of us are not aware of the crucia I role water plays in virtually every organ and the function in our body metabolism. Water does more than sustain life. It can actually improve our health, our fitness and even our appearance.

Price/Kod: WT-1
Air OXY Pi D'ionik Water Treatment/ Sistem Perawatan Air OXY Pi D'ionik
WM: RM2120.00 | EM: RM2190.00 | Bru/S'pore: $1150.00


Menemui sumber air antioksida alkali tulen yang terbaik di dunia dalam rumah:
Air adalah keperluan mustahak dalam hidup kita. Tetapi segolongan besar masih tidak menyedari tugas utama air untuk setiap organ dan fungsi seluruh metabolisma badan. Ia memperbaiki tahap kesihatan kita.

Amazing



Amazing is a very special product comprising 9 natural essential ingredients namely:
1. Pure Honey
2. Raisins
3. Fiq
4. Red Dates
5. Nigella Sativa
6. Olive
7. Angelica
8. Codonopsis Pilosula
9. Smilax Myositiflora


Amazing from traditional medication recipe with ability to build up body immunization and to reform intestine/colon

Price/Harga:
Code/Kod: FD-4
Amazing (Minuman Bernutrisi/Nutrition Drink) - 290gm
WM: RM45.00 | EM: RM49.50 | Bru/S'pore: $25.50


Amazing adalah produk istimewa yang dikomposisikan dengan 9 ramuan semulajadi:
1. Madu Asli
2. Kismis
3. Buah Tin
4. Kurma Merah
5. Habbatus Sauda
6. Buah Zaitun
7. Dong Quai
8. Dang Shen
9. Ubi Jaga


Diilhamkan daripada kitab-kitab perubatan tradisional, yang membantu membina kembali usus dan imunisasi badan. Gabungan madu asli herba-herba terpilih di dalamnya juga mampu memberi perlindungan maksimum ke atas penyakit seperti masalah gastrik, luka dalam perut, pembedahan, kelesuan, batu karang dan lain-lain.

Inte-Clense / Clon Clenz





Traditionally used to help clean and strengthen the intestine improve, bowel movement, relieve constipation. Help to improve low metabolism, aids digestion and low hormon levels.

"Maintaining Good Health & Beauty It All Starts From Your Intestine"

Price/Harga:
1. Code/Kod: TH-1b
Clon-Clenz 30 Kapsul/Capsules x 400mg
WM: RM48.00 | EM: RM53.00 | Bru / S'pore: $29.50


2. Code/Kod: TH-1a
Inte-Clense (Herba) 20 Kapsul/Capsules x 500mg - 2 pack/pek
WM: RM48.00 | EM: RM53.00 | Bru / S'pore: $29.50

Digunakan secara tradisional untuk membantu, membersih dan membina usus, melawaskan pembuangan najis, melegakan sembelit, menurunkan berat badan (obesiti), menangani stress, metabolism rendah, masalah penghadaman dan paras hormon rendah.

"Jaminan Kesihatan & Kecantikan Bermula Dari Usus Anda"


Tuesday, February 3, 2009

Ni Gella



Ni Gella - A amazing drinking
Black Seed Essential Oil.. Natures Miracle

A miracle functional drink extracted from black seeds (Premium Quality) by using cold processing method without heat. The special Ni Gella product is rich in vitamins and minerals which is needed by the body. It provide maximum protection against diseases especially athma, stroke and cough.

Price/Harga:
Code/Kod: FD-6
Ni Gella (Minuman Bernutrisi/Nutrition Drink) - 10ml
WM: RM45.00 | EM: RM49.50 | Bru / S'pore: $25.00

Ni Gella adalah minuman berfungsi ajaib yang diekstrak dari bijiran hitam, diproses secara perahan sejuk tanpa haba. Produk istimewa Ni Gella kaya dengan vitamin serta zat mineral yang diperlukan badan, memberi perlindungan yang maksima ke atas penyakit seperti asma, stroke dan batuk.