Sunday, June 7, 2009

Distributor Rally Lembah Klang Mei 09

Assalammualaikum wbth..

Hari: Rabu
Tarikh: 27/5/09
Masa: 8.00 pm
Tempat: Wisma Sejarah Kuala Lumpur
Acara: Distributor Rally

Malam ini Hafraz sempatlah bertemu sahabat-sahabat merangkap pejuang-pejuang DCL. Seperti biasa, pejuang-pejuang DCL yang hadir tidak lupa untuk membeli kupon-kupon untuk cabutan bertuah! Kalau tak menang pun masih boleh menebus barangan DCL yang tentunya ada umppphhh!!

Acara malam seperti biasa, dimulakan dengan laungan membara yang menyemarak aura pejuang-pejuang DCL.. tak lain tak bukan iaitu lagu IMPIAN DCL!! Diikuti luahan testimonial oleh Emerald Manager Pn. Zamiah Johari tentang kehebatan Q She dan Bidadari diikuti Emerald Manager Pn Fauziah Harun tentang Nigella.

Majlis juga diserikan lagi dengan tetamu istimewa daripada ESQ Training Centre iaitu En. Arief Rahman Saleh (Trainer for Region Malaysia/S'pore/Brunei). Banyak info berguna yang dititipkan oleh Pak Arief ini. Beliau juga menekankan bahawa: " Barang siapa yang menginginkan kejayaan dunia, hendaklah dia menuntut ILMU, Barang siapa yang menginginkan kejayaan akhirat, hendaklah dia menuntut ILMU, Barang siapa yang menginginkan kedua-dua kejayaan dunia dan akhirat, hendaklah dia menuntut ILMU" Berdasarkan sabda Rasulullah saw ini, amatlah jelas tentang kepentingan ILMU.

Dilihat dari sudut MLM, DCL khasnya, seseorang pengedar yang mahu berjaya hendaklah ia menuntut ILMU yakni pengetahuan produk bagi memastikan pengguna menikmati keberkesanan produk secara optimum. Sedikit huraian yang dikongsikan oleh Pak Arief adalah berkenaan ESQ Way 165:

1. Mission Statement iaitu impian yang kuat untuk berjaya dalam DCL
2. Character building yakni menerapkan sifat dan sikap jujur, amanah, berdisiplin dan yang sewaktu dengannya.
3. Self Confidence iaitu harus bijak mengawal diri, sentiasa mencari ilmu melalui mesyuarat, seminar dan kursus2 yang dianjurkan DCL.
4. Collaboration iaitu harus ada kerjasama antara pejuang-pejuang DCL.
5. Action iaitu HARUS BERTINDAK bukan duduk, dengar dan lihat sahaja tetapi harus mempraktikkan ILMU yang diperoleh untuk menerapkan prinsip yang diasaskan oleh pengasas DCL 1 dan 2 yakni membina kejayaan di atas kejayaan orang lain.

Kesimpulan yang dapat Hafraz ulaskan di sini, untuk berjaya dan menemui kebahagiaan yang sejati, kita harus menyatukan TIGA MOTIVASI dalam keinginan manusia mencari siapa diri kita yang sebenarnya, iaitu IQ (dari segi wang, fizikal dan pengetahuan produk DCL) yang melengkapi pertanyaan "What do I think?". yang keduanya EQ (Berkaitan sosial yang harus menjawab pertanyaan "What do I feel?" dan yang ketiganya ialah SQ (Berkaitan spiritual yang harus menjawab pertanyaan "Who am I?" juga dikenali sebagai God Spot.

Hafraz dan pejuang-pejuang DCL yang menghadirkan diri untuk sesi Distributor Rally pada kali ini telah dibawa ke satu dimensi baru seiring perjalanan kami untuk menjadi pejuang hebat DCL. Sekali lagi pejuang-pejuang DCL diterapkan dengan "God Spot" iaitu apa yang mendorong manusia melakukan sesuatu, untuk apa manusia dijadikan seperti firman Allah "Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu". Inilah yang selalu manusia alpa.

Untuk menjawab pertanyaan "Who am I?", we need a spiritual experiances!! Bagaimana?? Ia tidak boleh diajar tetapi harus dicari melalui sebuah pengalaman. Konklusinya, pejuang-pejuang DCL harus berfikir dan mencari Tuhannya dan dengan kesedaran serta kepercayaanlah ia menjadi kekuatan dalam diri.

Justeru itu, kepada sahabat pejuang DCL di bawah rangkaian Hafraz DCL, pesanan motivasi ini Hafraz kongsikan bukan untuk anda sahaja, tetapi juga untuk Hafraz yang seringkalo khilaf..renung2kanlah.. Pernahkah kita berfikir siapa diri kita sebenarnya? Jika kita telah mati, semuanya tidak berguna lagi.

Selesai sesi motivasi hebat, Dato Stapa menyampaikan pin kepada pelayak-pelayak Emerald Manager seterusnya memberikan ucapan hebat bagi menyemarakkan lagi semangat pejuang-pejuang DCL dalam membina ekonomi ummah berdikari.

Tahniah kepada pelayak-pelayak Emerald Manager kali ini.. Serba sedikit gambar yang sempat Hafraz rakamkan pada malam ini..




Sekian dulu untuk kali ini..

DCL, LEBIH ADIL LEBIH SUKSES!

No comments:

Post a Comment