Saturday, June 20, 2009

Mentaliti Orang Melayu (PHD)

Assalammualaikum pejuang2 hebat DCL..

Semalam, Haf baru sahaja selesai menghadiri Seminar 5M yang dianjurkan oleh CA Khalid Sabran. Namun kepada downline-downline di bawah HafrazDCL yang hadir, terima kasih kerana menghadirkan diri untuk mencari cara bagaimana menjadi orang berjaya.. Syabas dan tahniah diucapkan kerana memberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri seterusnya memperkasa ekonomi ummah!!

Namun, kelmarin Haf sempat menyemak ruangan cbox yang Haf sediakan untuk memberi ruang dan peluang kepada pengunjung blog untuk memberi pertanyaan mahupun ruang khas untuk meletakkan iklan. Sebagaimana kita sebagai tamu bertandang ke rumah blog yang lain, kita menghormati jika hendak mengiklan sekalipun, biarlah di ruangan yang disediakan kecuali tuan blog mencampurkan antara ruang pertanyaan dan iklan.

Sekiranya tiada ruang iklan sekalipun, kita boleh menaip Salam ziarah dan link kan blog kita tanpa menulis iklan. Ianya lebih beretika. Namun, apa yang Haf dapat dalam ruangan Haf ada 3 iklan yang bagi Haf tidak beretika dan mempunyai ciri2 mahu menjatuhkan perniagaan orang lain.. Namun, Haf redha.. Haf tidak mahu melenting mahupun membalas dendam. Sekiranya Haf hendak membalas dendam, pastinya Haf dah link semula tuan blog yang tidak bertanggungjawab di ruangan ini supaya pengunjung Haf tahu sikap tidak beretika dan kurang profesional.

Jika anda hendak mengiklan, ruangan iklan Haf sediakan. Kenapa anda (merujuk kepada tuan blog yang telah di banned dan di SPAM oleh Haf) mengatakan tidak perlu susah2 mahu mencari orang, tidak perlu susah2 dengan merujuk anda pernah membuat produk kesihatan dan kecantikan ini? Jika anda tidak ada kesungguhan untuk membuat pilihan yang betul, anda tidak buat betul-betul, bagaimana anda fikir anda akan berjaya?? Buang-buanglah sikap hendak menjatuhkan perniagaan bangsa sendiri. 

Haf yakin dengan tunjuk ajar barisan pemimpin2 DCL dan Pengasas 1 dan 2 DCL, Dato Stapa dan Dato Azlina, serta ikatan ukhuwah yang terbina dalam satu wadah perjuangan DCL, sedikit pun tidak gentar dengan orang seperti ini. Pilihan di tangan anda.

Beriklanlah secara sopan dan betul. Haf sendiri mengalu-alukan sesiapa yang hendak bertukar link mahupun hendak meninggalkan iklan di ruangan iklan. TETAPI harus bersopan dan beretika dan tidak mempunyai unsur-unsur menghasut dan PHD terhadap bisnes sahabat blog lain. Berkatkah rezeki anda?? 

DCL mengajar Haf untuk sama-sama buang PHD (PERASAAN HASAD DENGKI), cemburu dengan kejayaan orang lain, sentiasa saling membantu tanpa mengira kumpulan CA yakni berpuak2 meskipun dalam DCL, jangan berdendam dan macam2 lagi. Haf pelik dan hairan sekiranya ada orang yang beranggapan sedemikian. Orang seperti inilah yang membuatkan industri MLM dipandang sebelah mata oleh orang lain.

DCL sentiasa mengajar pejuang2nya sentiasa ikhlas dan redha dalam perjuangan, berusaha gigih, berdoa dan bertawakal serta disiplinkan diri untuk memberi lebih kerana yakin akan balasan Allah seperti yang diterapkan DCL "The more you give, the more you GET"

Misi dan perjuangan DCL adalah mulia. Tidak sedarkah anda bahawa Melayu kita ini sudah TENAT dan KRITIKAL. Jika kita tidak bersatu hati untuk membangun dan memperkasa ekonomi ummah berdikari, bagaimana kita hendak memperkasa bangsa dan agama kita? Haf sangat bersyukur, kerana adanya DCL yakni syarikat MLM Bumiputera Islam yang unggul, kini DCL telah berjaya melahirkan 36 jutawan Crown Ambassador yang mampu menyahut Dasar Ekonomi Baru yang ingin meningkatkan peratusan ekuiti Orang Melayu Bumiputera yang berjaya! 

DCL mendidik pejuang2 yang bernaung di bawah panji2nya dengan prinsip Lebih Adil, Lebih Sukses. Banyakan bersedekah, dan menginfakkan harta dengan membantu anak yatim, rumah2 kebajikan serta amalan2 mulia untuk menjadikan pulangan yang diperolehi lebih BERKAT dan BERTAMBAH.

Ubahlah mentaliti kita. Sesungguhnya DCL adalah satu wadah perjuangan untuk membangun ekonomi dan memperkasa ekonomi ummah dengan lebih adil, lebih sukses! Kini DCL telah melebarkan sayap perniagaan globalnya ke Indonesia, Brunei, Singapura, Bangladesh dan Thailand.

Sekiranya anda tidak mahu buat, kami di DCL tidak pernah memaksa. itu pilihan anda. DCL sentiasa memberi dan membuka peluang kepada insan2 hebat yang mahu berjaya dan ada kemahuan menjadi usahawan yang unggul! Tepuk dada, tanya selera.

DCL tetap unggul di hati pejuang2 yang bergerak di bawah panji DCL. Sentiasa optimis dalam membantu memartabat ekonomi bangsa, agama dan negara!

No comments:

Post a Comment