Thursday, June 25, 2009

Regional Rally - 24 Jun 2009

Assalammualaikum pengunjung2 setia blog HafrazDCL..

Mengulas aktiviti pada Rabu malam 24/06/2009 bertempat di Wisma Sejarah Kuala Lumpur, Haf berkesempatan ke Majlis Penganugerahan Pearl Director bagi Zon Lembah Klang. Memang hangat dan meriah!! Lebih2 lagi diserikan dengan persembahan Dikir Barat Kumpulan Samudera, dihadiri barisan pemimpin2 DCL terutamanya Pengasas 1 dan Pengasas 2 yang amat dikasihi; Dato Stapa dan Dato' Azlina, seterusnya pejuang2 DCL.

Selesai persembahan dikir barat, diikuti penyampaian lagu penuh aura Impian DCL, majlis diteruskan dengan sedikit perkongsian pengalaman oleh pelayak Pearl Director Pn Norfadzilah Abd Samad dan penyampaian anugerah kepada pelayak2 Pearl Director oleh Pengasas 1 DCL Dato Stapa dan sesi bergambar bersama barisan pelayak Pearl Director.

Majlis diserikan juga dengan kehadiran Bapak Dudi Supriadi iaitu Regional Trainer daripada ESQ Training Centre. Haf akan ulaskan dalam pos akan datang untuk berkongsi apa yang Haf perolehi sepanjang mendengar motivasi hebat daripada Bapak Dudi Supriadi.

Seterusnya, sambungan penyampaian anugerah bagi pelayak Pearl Director disampaikan pula oleh Dato Azlina Che Abdullah dan diikuti penyampaian sedikit pengumuman produk baru oleh Dato Stapa selaku Pengasas 1 DCL. Antara produk baru keluaran DCL ialah AeroGuara, Apple Gold Set, Foundation, Lipstik 5 warna, Diaber Herb, Girdle, Putra Love Lotion, Putri Love Powder, Minyak Sintetik dan Aduka. Haf akan mendapatkan info bagi perkongsian semua secepat yang mungkin ya.. Nantikan kemunculannya!!

Paling hangat malam semalam, Haf telah memenangi dua cabutan bertuah, manakala downline Haf, Pn. Habibah juga berjaya mendapat cabutan bertuah beripa Stokin Bio-Energy DCL.. :)
Haf juga berkesempatan bersalam dengan Dato Azlina Che Abdullah juga bergambar bersama kedua-dua pengasas yang dikagumi ini..

 











No comments:

Post a Comment